CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7689|Reply: 12

Maksud hadis pintu syurga dibuka..

[Copy link]
Post time 25-3-2023 04:47 AM | Show all posts |Read mode

Salam ramadhan kpd semua,

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/2035-maksud-hadis-pintu-syurga-dibuka-pintu-neraka-ditutup-dan-syaitan-ditambat

1. Refer kpd link ini, kita semua tahu waktu ini tiada hijab antara dunia kita dgn syurga.
2. Juga kita tahu bahawa hadis juga menyebut langit terdiri dari 7 lapisan.
3. Bahkan hadis juga mengatakan kedudukan baitullah adalah selari dgn baitulmakmur di langit ke 7.
4. Dan clue terpenting adalah nabi dahpun menyaksikan peristiwa dan keadaan yg berlaku di syurga dan neraka.
5. Kita semua tahu dunia yg kita diami skrg ini ada jenis 3 dimensi, dan peristiwa israk mikraj itu without doubt adalah berada pada dunia 4 dimensi.
6. Satu2nya yg membezakan antara dua dunia ini adalah masa.
7. Allah jelas mengatakan demi masa sesungguhnya manusia dlm kerugian.
8. Kita juga tahu kiamat masih belum berlaku, maka rentetan seterusnya sudah tentu la belum berlaku juga. Tetapi nabi sudahpun menyaksikan penghuni neraka dan syurga. Ini clue terpenting.
9. Masa tidak akan sesekali berundur dlm dunia kita. Itulah ciri dunia 3 dimensi. Hanya dunia 4 dimensi shj, masa adalah pemboleubah. In other words masa adalah tesserract. Video dibwh ni boleh membantu..



10. Tapi bagaimana pula dgn path antara dunia kita dgn dunia akhirat. Bagaimana pula hijab yg menjadi penghalang selama ini antara dua dunia ini.
11. Jika perbezaan antara 3 dan 4 dimensi adalah 'masa' , maka perbezaan antara 3 dan 7 pula adalah.. well itulah yg membelengu kita selama ini sebab takde siapa yg tahu kecuali Allah dan rasulnya.
12. Tapi at least kita tahu bahawa waktu ramadhan inilah segala obstacle telah dibuka, which means salah satu obstacle yg terdpt dlm dunia 3 dimensi adalah 'masa'.
13. I dont know how to pin point this so called 'time crystal'.. its still mysteries..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 04:43 AM | Show all posts
Salam TT

Hadis dipetik...

Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jelas di kala Ramadhan kedua² pintu ternyata dibuka, walhal tempoh² lainnya tertutup.
- jadinya ada yg keluar-masuk atau keluar sahaja atau masuk sahaja wallahu'alam


1. Refer kpd link ini, kita semua tahu waktu ini tiada hijab antara dunia kita dgn syurga.


Hijabnya ada i.e. mode pengangkutan dan kaedah plg mudahnya tu namanya tidur.
- mintak adja kendera drpd Tetuannya


2. Juga kita tahu bahawa hadis juga menyebut langit terdiri dari 7 lapisan.


Hadis cuma bilang pintu² jannah, pintu² samawat (langit²) tidak dibilang.
- ada beza langit dgn taman, mat salih bilang heaven and paradise


3. Bahkan hadis juga mengatakan kedudukan baitullah adalah selari dgn baitulmakmur di langit ke 7.

Ada hadis baitulmakmur di langit ketujuh, di atas/selari/sejajar boleh dibincangkan


4. Dan clue terpenting adalah nabi dahpun menyaksikan peristiwa dan keadaan yg berlaku di syurga dan neraka.
Benar.



5. Kita semua tahu dunia yg kita diami skrg ini ada jenis 3 dimensi, dan peristiwa israk mikraj itu without doubt adalah berada pada dunia 4 dimensi.


Dimensi adalah sesuatu yg boleh diukur. Di luar dimensi pulak tak boleh diukur.
Ukuran tiga dimensi cth: panjang, lebar, tinggi/dalam
Dimensi lain yg boleh diukur cth: masa/gelombang/ferkuensi/sela, tekanan, suhu, entalpi, entropi, etc.
Makanya, peristiwa israk mikraj punya sifar dimensi kerana tiada pengukuran berlaku - persaksian adja.


6. Satu2nya yg membezakan antara dua dunia ini adalah masa.


Yg membezakan dunia dgn akhirat adalah hayat (tempoh)
Allah adalah masa.


7. Allah jelas mengatakan demi masa sesungguhnya manusia dlm kerugian.


Demi 'Asar
Demi waktu akhir, sblm terbenam matahari (maghrib)
Tempoh² menanti maghrib

8. Kita juga tahu kiamat masih belum berlaku, maka rentetan seterusnya sudah tentu la belum berlaku juga. Tetapi nabi sudahpun menyaksikan penghuni neraka dan syurga. Ini clue terpenting.


Qiamat adalah kebangkitan, kebinasaan dah byk kali diulang²
- spt mana tanda² bintang di langit yg paling bawah


9. Masa tidak akan sesekali berundur dlm dunia kita. Itulah ciri dunia 3 dimensi. Hanya dunia 4 dimensi shj, masa adalah pemboleubah. In other words masa adalah tesserract. Video dibwh ni boleh membantu..


Visi/mimpi, ciri² kenabian yg merentas masa. Tiada dimensi.
Allah adalah masa, setiap kali tidur kita kembali kpd Allah.
- dgn izin Allah kita dikembalikan utk bangkit dari tidur

p/s: Video linknya tiada?



10. Tapi bagaimana pula dgn path antara dunia kita dgn dunia akhirat. Bagaimana pula hijab yg menjadi penghalang selama ini antara dua dunia ini.

Pembuka dia gini lebih kurang...
Dgn nama Allah Pemurah, Kesian
Puji² Allah, Tetuan seluruh alam, Pemurah, Kesian
Raja Hari Agama; satu²nya pengabdian, satu²nya penolong
Penunjuk jalan; mereka yg dirahmati, bukan yg dimurkai, bukan yg sesat


11. Jika perbezaan antara 3 dan 4 dimensi adalah 'masa' , maka perbezaan antara 3 dan 7 pula adalah.. well itulah yg membelengu kita selama ini sebab takde siapa yg tahu kecuali Allah dan rasulnya.

Jika dimensi ke-4 adalah masa...
Masa yg kita ukur tu punya ralat dan ketidakpastian
spt tolok dail matahari yg dibahagi 12 bahagian
spt beza kalendar matahari dgn bulan
spt daylight saving
spt persisnya saat cesium-133/quartz/strontium
- masih lagi boleh diukur

Segala yg tdk boleh diukur adalah perkara di luar dimensi, wallahu'alam.

12. Tapi at least kita tahu bahawa waktu ramadhan inilah segala obstacle telah dibuka, which means salah satu obstacle yg terdpt dlm dunia 3 dimensi adalah 'masa'.

Dlm dunia 3 dimensi (yg boleh diukur/sukat/timbang)
ketika Ramadhan ni sedia maklum yg diikat cuma perut
- hanya dlm tempoh/sela masa yg kita boleh ukur

13. I dont know how to pin point this so called 'time crystal'.. its still mysteries..


Let it unfold bro...let it unfold...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2023 10:36 PM | Show all posts
Sorry ni link video:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 01:59 AM | Show all posts
Edited by system_failure at 31-3-2023 02:00 AM

1. Islam adalah science.
2. Teori Keratifan Am. Idea ini digagaskan sebagai usaha Einstein untuk menyepadukan medan graviti ke dalam teori kerelatifan. Akibatnya, Einstein menggagaskan bahawa masa dan ruang itu tidak mutlak – idea yang berlawanan dengan teori kegravitian Isaac Newton.

3. Yang menariknya ialah, untuk menghampiri kelajuan cahaya, masa yang dialami oleh objek tersebut akan jadi lebih perlahan.

4. Sewaktu kita berlari menghampiri kelajuan cahaya, masa yang kita alami lebih perlahan dan masa di Bumi misalnya, lebih laju. Kita jadi lebih muda dan lambat tua, sistem biologi kita lebih muda dan lambat tua berbanding penduduk Bumi.

5. Dalam teori kerelatifan am, ruang dan masa bukanlah sejenis layar ataupun latar belakang alam semesta. Tetapi sejenis fabrik. Malah, ruang dan masa itu merupakan satu entiti yang sama.

6. Ruang-masa berubah mengikut sifat jisim suatu objek.

7. Bumi lebih berat daripada Bulan. Jadi, masa yang kita alami di Bumi lebih perlahan daripada masa yang kita alami di Bulan. Inilah kerelatifan masa yang dapat disimpulkan melalui teori kerelatian khas dan teori kerelatifan am.

8. Dalam peristiwa israk mikraj, medium untuk merentas antara dunia kita ke langit ke 7, tak lain tak bukan sudah tentunya adalah melalui Lohong Hitam.

9. Manakala kenderaannya pula adalah 'cahaya' a.k.a malaikat dan juga buraq.

10. Didalam Quran terdapat surah khas mengisahkan tentang bintang dan lohong hitam. Ketika nabi merentas ke langit ke 7, didalam Quran chapter 53 (surah An Najm / Bintang), verse 1 (ayat pertama), Allah bersumpah, 'Demi bintang semasa ianya menjunam'.

https://www.surah.my/53  


11. Disini menjunam bermaksud bintang tersebut telah ditarik oleh sesuatu graviti (lohong hitam) yang sangat kuat sehingga ditelan kedalam.

12. Science telah membuktikan bahawa bintang neutron pernah di telan oleh lohong hitam suatu masa dulu..
https://www.scientificamerican.com/article/black-holes-swallow-neutron-stars-in-a-single-bite-new-results-suggest/

13. Manakala verse 13 menyatakan, 'Sesungguhnya nabi telah melihat Jibrail dalam bentuk asalnya, manakala verse 14 adalah 'ketika di Sidratul Muntaha dan tiada satu pun yang terlepas darinya'.
Sidratul Muntaha = lohong hitam yang mampu menelan apa sahaja termasuk cahaya.

14. Verse atau ayat ke 16 mengatakan 'Behold, the Lote-tree was shrouded', jelas mengambarkan Lote-tree shape a.k.a funnel of the black hole itu terlalu gelap.
Sains telah membuktikan lohong hitam menelan apa sahaja termasuk cahaya.

15. Verse ke 17 pula mengatakan 'His sight never swerved, nor did it go wrong', jelas menunjukkan penglihatan nabi tertumpu direct didalam lohong hitam dan apa yang dilihatnya adalah perkara-perkara yang benar.

16. Saintis seperti Prof. Steven Hawking, Prof. Jorge Pullin, Prof. Rodolfo Gambini dan Prof. Gerard Hooft (pemenang nobel) juga telah membuktikan bahawa lohong hitam adalah portal untuk ke dunia lain.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 31-3-2023 02:08 AM

Kajian sains menerusi surah An Najm :



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi kesimpulannya disini, 'Door to heaven' yang dibuka ketika ramadhan adalah without doubt adalah.. apa yg digelar scientice sebagai Black Hole atau didalam quran sebagai Sidratul Munthaha atau tentera amerika menyebutnya sbg Stargate. ;-)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 10:47 AM | Show all posts
system_failure replied at 31-3-2023 02:38 AM
Jadi kesimpulannya disini, 'Door to heaven' yang dibuka ketika ramadhan adalah without doubt adalah. ...


Jadi kesimpulannya disini, 'Door to heaven' yang dibuka ketika ramadhan adalah without doubt adalah.. apa yg digelar scientice sebagai Black Hole atau didalam quran sebagai Sidratul Munthaha atau tentera amerika menyebutnya sbg Stargate. ;-)


Amboi²...awal sgt nak simpulkan yg berselirat.
- hipotesis awal ok kot


Sbb yg di pintu pagari bintang² masih lagi lapisan pertama i.e. yg paling bawah
Keduanya, lohong hitam tu kan hitam.
- yg di langit² semuanya nur² belaka, bercahaya

Bg saya, black hole ni lebih kepada jirim (ruang), bukan jisim (makhluk dlm ruang)

Walaubagaimanapun, setiap yg boleh dibuat pemerhatian
mata kasar/teropong secara optik (bintang² dan planet),
gelombang secara radio (pulsar², quasar²)
- masih lagi dlm dimensi yg boleh diukur (finite)


Kajian sains menerusi surah An Najm :

Clip video tersebut bukan kajian sains, tapi soalan asumsi...a.k.a. agak²nya gitu
- ofkos apolegetik agama mmg byk bentuk dan ragam


1. Islam adalah science.


Tidak secara definisi mahupun makna.


2. Teori Keratifan Am. Idea ini digagaskan sebagai usaha Einstein untuk menyepadukan medan graviti ke dalam teori kerelatifan. Akibatnya, Einstein menggagaskan bahawa masa dan ruang itu tidak mutlak – idea yang berlawanan dengan teori kegravitian Isaac Newton.


Kedua² mazhab i.e. Newtonian vs Einsteinian sepakat
bahawasanya teori yg masing² bentangkan adalah dlm lingkungan quantum,
subatomic dan hanya berlaku dlm makmal secara empirikal.
- model science astrofizik yg digunapakai kini



3. Yang menariknya ialah, untuk menghampiri kelajuan cahaya, masa yang dialami oleh objek tersebut akan jadi lebih perlahan.


Yes, jika 'medium' ruang diketahui - vakum ofkos (dlm lab)
Tiadalah diketahui medium ruang di antara langit² yg atas²
- mat saleh sebut ether/æther/ethereal


Kelajuan cahaya bermaksud tiada jisim (massless)



4. Sewaktu kita berlari menghampiri kelajuan cahaya, masa yang kita alami lebih perlahan dan masa di Bumi misalnya, lebih laju. Kita jadi lebih muda dan lambat tua, sistem biologi kita lebih muda dan lambat tua berbanding penduduk Bumi.


Cuba imaginasikan penuaan para pemuda Al-Kahfi pulak
- mat salih sebut Seven Sleepers
[300++ tahun]

Tidak lupa juga bayangkan rupa penurunan nabi Isa Ibn Maryam a.s. nanti
[ribuan tahun...]

Fyi, kedua²nya penduduk bumi a.s.


5. Dalam teori kerelatifan am, ruang dan masa bukanlah sejenis layar ataupun latar belakang alam semesta. Tetapi sejenis fabrik. Malah, ruang dan masa itu merupakan satu entiti yang sama.

General relativity perkenal dimensi ke-4 sbg gelombang fabrik
- gelombang berfrekuensi ni adalah bi-produk masa

Cerapan radio teleskop cuma dlm sela masa tertentu
dan setiap model empirikal hanya berlaku dlm ruang dan masa makmal (confined spacetime)



6. Ruang-masa berubah mengikut sifat jisim suatu objek.

7. Bumi lebih berat daripada Bulan. Jadi, masa yang kita alami di Bumi lebih perlahan daripada masa yang kita alami di Bulan. Inilah kerelatifan masa yang dapat disimpulkan melalui teori kerelatian khas dan teori kerelatifan am.


Spacetime dalam general relativity utk study gerakan (motion)
- ofkos kedua² mazhab pun masih lagi gigih nak buktikan teori dinamik graviti

Pokok dia, caner nak relate gravity bumi dgn langit²?
- kena la ada buaian, baru bole goyang...gitu.

Ofkos teori semata²...


8. Dalam peristiwa israk mikraj, medium untuk merentas antara dunia kita ke langit ke 7, tak lain tak bukan sudah tentunya adalah melalui Lohong Hitam.

9. Manakala kenderaannya pula adalah 'cahaya' a.k.a malaikat dan juga buraq.


Sedara kena tgk isu khilafiyah dulu i.e. :
- adakah israk mikraj nabi s.a.w. badani/jasadi/body & soul? atau
- adakah israk mikraj nabi s.a.w. secara mimpi/nafsihi/souly?

Dan deria yg mana satu?
- syuhud, basirah atau ru'ya


10. Didalam Quran terdapat surah khas mengisahkan tentang bintang dan lohong hitam. Ketika nabi merentas ke langit ke 7, didalam Quran chapter 53 (surah An Najm / Bintang), verse 1 (ayat pertama), Allah bersumpah, 'Demi bintang semasa ianya menjunam'.

https://www.surah.my/53  


11. Disini menjunam bermaksud bintang tersebut telah ditarik oleh sesuatu graviti (lohong hitam) yang sangat kuat sehingga ditelan kedalam.

12. Science telah membuktikan bahawa bintang neutron pernah di telan oleh lohong hitam suatu masa dulu..
https://www.scientificamerican.c ... ew-results-suggest/


Dlm cerapan sela 10 hari?
- mereka buat asumsi, tapi ralat dia sebesar pengukuran dia.

Sbb, utk amplifi gelombang yg halus-mulus cenggitu byk multipliers
dan terlalu byk faktor tapi ok je kalu nak cadangkan ape pun...cadangan


Kata menjunam boleh jadi pelbagai, cuma bila dibacakan kpd Quraish
sedia maklum sesuatu kejadian yg boleh dicerap mata kasar - komet, tahi bintang

Boleh jadi juga bintang baru lahir yg jatuh ke tempatnya. Wallahu'alam.

p/s: 'Demi bintang' ni bersumpah kan?


13. Manakala verse 13 menyatakan, 'Sesungguhnya nabi telah melihat Jibrail dalam bentuk asalnya, manakala verse 14 adalah 'ketika di Sidratul Muntaha dan tiada satu pun yang terlepas darinya'.
Sidratul Muntaha = lohong hitam yang mampu menelan apa sahaja termasuk cahaya.

14. Verse atau ayat ke 16 mengatakan 'Behold, the Lote-tree was shrouded', jelas mengambarkan Lote-tree shape a.k.a funnel of the black hole itu terlalu gelap.
Sains telah membuktikan lohong hitam menelan apa sahaja termasuk cahaya.

15. Verse ke 17 pula mengatakan 'His sight never swerved, nor did it go wrong', jelas menunjukkan penglihatan nabi tertumpu direct didalam lohong hitam dan apa yang dilihatnya adalah perkara-perkara yang benar.

16. Saintis seperti Prof. Steven Hawking, Prof. Jorge Pullin, Prof. Rodolfo Gambini dan Prof. Gerard Hooft (pemenang nobel) juga telah membuktikan bahawa lohong hitam adalah portal untuk ke dunia lain.



Sidratul Muntaha bukan ke bertapak dari hujung langit ke-6 hingga puncak langit ke-7?


Bab claim-mengclaim ni normal lah - tapi takda bukti, semua pun andaian semata.
- dua² Einsteinian ka, Newtonian ka, sama ja...sikit² artist's impression, sikit² artist's impression.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 10:22 PM | Show all posts
Edited by system_failure at 31-3-2023 10:29 PM
Dzulqarnain replied at 31-3-2023 10:47 AM
Amboi²...awal sgt nak simpulkan yg berselirat.
- hipotesis awal ok kot
Keduanya, lohong hitam tu kan hitam.
- yg di langit² semuanya nur² belaka, bercahaya

Yup.. betul lohong hitam mmg gelap dan dia cuma tunnel yg menghubungkan dua titik. Syurga adalah destinasi lain.

Bg saya, black hole ni lebih kepada jirim (ruang), bukan jisim (makhluk dlm ruang)

Nope. Black hole mempunyai jisim. Scientist sudahpun membuktikan.
Aku quote dari page nasa :
Supermassive black holes exist in the center of most galaxies, including our own Milky Way Galaxy. They are astonishingly heavy, with masses ranging from millions to billions of solar masses

https://www.nasa.gov/vision/univ ... 0stellar-class%20of,to%20billions%20of%20solar%20masses.

Clip video tersebut bukan kajian sains, tapi soalan asumsi...a.k.a. agak²nya gitu
- ofkos apolegetik agama mmg byk bentuk dan ragam

Knpa kata cuma asumsi?
Dah terang lagi bersuluh surah An Najm adalah surah khas utk bintang, angkasa dan perjalanan peristiwa mikraj.Mungkin penerangan dari minah salleh tu agak heavy, so apakata lihat video ni pulak :




Tidak secara definisi mahupun makna.

Ya... sorry, Islam = mengabdikan diri kpd Allah.
Sepatutnya kena tulis begini, Quran = books of science.


Cuba imaginasikan penuaan para pemuda Al-Kahfi pulak
- mat salih sebut Seven Sleepers
[300++ tahun]

Yup... pemuda alkahfi ni tak menua.. wpun cuma duduk di bumi dan dia tak merentas masa..
Tapi..
Quran memberikan perumpaan bahawa pemuda ini tidur seperti mana seekor serigala, yang biasanya akan tidur dengan sebelah mata tertutup, dan sebelah mata lagi terbuka. Kalau kita melihat dari jauh, nescaya kita akan menyangka bahawa mereka masih berjaga.

Selain itu, Al-Quran juga menceritakan bahawa mereka sentiasa membalik-balikkan tubuh pemuda ashabul kahfi ini, agar tidak menyatu dengan tanah, memandangkan manusia dan tanah diciptakan dari unsur yang sama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2023 11:07 PM | Show all posts
Sedara kena tgk isu khilafiyah dulu i.e. :
- adakah israk mikraj nabi s.a.w. badani/jasadi/body & soul? atau
- adakah israk mikraj nabi s.a.w. secara mimpi/nafsihi/souly?

Dan deria yg mana satu?
- syuhud, basirah atau ru'ya
Definitely adalah jasad sebenar.. bukan mimpi atau berangan..
Prof.Dr.Rozaimi pernah kata, kenapa nabi singgah baitulmuqadis dulu? dan bukannya terus naik ke langit dari mekah..
Sebab ianya boleh dijadikan bukti kpd org2 yg tak percaya akan peristiwa itu.
Memang betul pun, ada sorang tu tanya betul ke ada singah baitulmuqadis.. mcmana rupabentuknya? Org yg tanya tu pernah pegi.. so dia saje test nabi sebab mereka tahu nabi x pernah pegi..
So ini dah membuktikan petistiwa mikraj adalah pergerakan jasad yg sebenar


p/s: 'Demi bintang' ni bersumpah kan?


Ya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 10:01 AM | Show all posts
system_failure replied at 31-3-2023 10:22 PM
Yup.. betul lohong hitam mmg gelap dan dia cuma tunnel yg menghubungkan dua titik. Syurga adalah d ...


Nope. Black hole mempunyai jisim. Scientist sudahpun membuktikan.
Aku quote dari page nasa :
Supermassive black holes exist in the center of most galaxies, including our own Milky Way Galaxy. They are astonishingly heavy, with masses ranging from millions to billions of solar masses

https://www.nasa.gov/vision/univ ... 0stellar-class%20of,to%20billions%20of%20solar%20masses.


Sedara selalu guna kata 'bukti' byk kali, why?

Walhal segala radio astronomy adalah andaian bersandarkan:
1. Teori cosmology Newtonian & Eeinsteinian yg smpai skrg masih lg belum terbukti (occam's razor).
2. Data drpd amplifikasi instrumentasi multi-cerapan dgn bantuan pelukis.
3. Kumpulan data yg sgt limited (sela masanya, taburannya, ralatnya)
4. Fakta yg senantiasa diperbaharui/diperhalusi sepanjang zaman (sejak 1900an), mencadangkan mcm²

FYI, solar mass ni terbitan jarak relatif dan gerakan Kepler. Yg mana jarak relatif tidak pernah diukur, hanya dicerap dan dihisab.
Makanya, yg dikatakan jisim itu adalah yg mengisi ruang (hole) - kapasiti/size ruangnya

Knpa kata cuma asumsi?
Dah terang lagi bersuluh surah An Najm adalah surah khas utk bintang, angkasa dan perjalanan peristiwa mikraj.Mungkin penerangan dari minah salleh tu agak heavy, so apakata lihat video ni pulak :


Surah An-Najm ni jugak ditujukan kpd penyembah Sirius, berhala² perempuan dan sangkaan andaian² palsu.


Meletakkan penemuan terbaru science selari dgn ayat² Allah tanpa sebarang corelation/perkaitan yg jelas
dan benda ni bukan baru utk sbhgn apologetik, ada adja percubaannya...

Premis kedua² video antaranya mengclaim/cadangkan:
1. Bentuk lakaran pelukis black hole menyerupai pohon bidara, makanya = sidratul muntaha?
2. Takwilan terus kata 'menjunam'
هَوَىٰ
= masuk black hole/black hole itu sendiri (tanpa wallahu'alam)

Dua² belum pun mula sainsnya, tapi claim 1400 tahun dahulu dah tau dah.



Ya... sorry, Islam = mengabdikan diri kpd Allah.
Sepatutnya kena tulis begini, Quran = books of science.


Allah Kata:

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ
Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu
[16:89]


Buku panduan/rujukan kpd science kot...



Yup... pemuda alkahfi ni tak menua.. wpun cuma duduk di bumi dan dia tak merentas masa..
Tapi..
Quran memberikan perumpaan bahawa pemuda ini tidur seperti mana seekor serigala, yang biasanya akan tidur dengan sebelah mata tertutup, dan sebelah mata lagi terbuka. Kalau kita melihat dari jauh, nescaya kita akan menyangka bahawa mereka masih berjaga.



Allah kata:

فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
Kemudian Kami tutup telinga mereka selama berbilang tahun di dalam gua.
[18:11]



Pokoknya, dlm sela masa bertahun tu jiwa² (nafs²) mereka di mana?
Sama spt kita ni yg tidur berjam², ke mana malaikat maut bawa jiwa kita?
Kalu mimpi, siapa yg bawa? Syaitan? Tunggangan? Atau jiwa yg melata?
- deria apa yg kita guna waktu tidur tu?



Selain itu, Al-Quran juga menceritakan bahawa 'mereka' sentiasa membalik-balikkan tubuh pemuda ashabul kahfi ini, agar tidak menyatu dengan tanah, memandangkan manusia dan tanah diciptakan dari unsur yang sama.


Siapa 'mereka' tu? Serangga?



Definitely adalah jasad sebenar.. bukan mimpi atau berangan..
Prof.Dr.Rozaimi pernah kata, kenapa nabi singgah baitulmuqadis dulu? dan bukannya terus naik ke langit dari mekah..
Sebab ianya boleh dijadikan bukti kpd org2 yg tak percaya akan peristiwa itu.
Memang betul pun, ada sorang tu tanya betul ke ada singah baitulmuqadis.. mcmana rupabentuknya? Org yg tanya tu pernah pegi.. so dia saje test nabi sebab mereka tahu nabi x pernah pegi..
So ini dah membuktikan petistiwa mikraj adalah pergerakan jasad yg sebenar


Kan dah kata khilaf...

Saya boleh kata, buraq adalah makhluk cahaya maka tiada jisim/jasad
makanya, begitu juga baginda rasulullah s.a.w. tinggalkan jasad/badannya
- tapi tak membuktikan apa² pun...andaian/anggapan semata.


Dlm applied science, kosmologi Newtonian dgn Einsteinian ni apa yg manfaatnya?
Dgn 100 tahun funding berbillion USD buat fasiliti scan bintang utk apa?
- upah pelukis lakaran?


Yg ada cuma pengeboman nagasaki-hiroshima
nuklear reaktor, perang³, scan kerak dan perut bumi kemdian ratah
radio teleskop risikan WWII semua convert jd penskodeng kosmos?
Tesla tower dulu pun claim dpt signal drpd alien, rupanya signal muka bumi seberang
Melombong marikh mungkin...



What kind of intel?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2023 11:24 AM | Show all posts
Sedara selalu guna kata 'bukti' byk kali, why?

Walhal segala radio astronomy adalah andaian bersandarkan:
Wahh perkataan 'andaian' tu dikalerkan merah sehh...
Takpelah segalanya kan cuma andaian je... mana pernah terbukti pun..
Punyalah ramai prof yg mengatakan black hole tu bergraviti kuat dan berjisim malah sehingga kini dah menelan 3 buah bintang yg semua org tau juga bergraviti kuat pun kalah dgn black hole..
Ok la semua ni just andaian jer.. mcm citer doremon jer.. ;-)



Premis kedua² video antaranya mengclaim/cadangkan:
1. Bentuk lakaran pelukis black hole menyerupai pohon bidara, makanya = sidratul muntaha?
2. Takwilan terus kata 'menjunam'
هَوَىٰ
= masuk black hole/black hole itu sendiri (tanpa wallahu'alam)

Dua² belum pun mula sainsnya, tapi claim 1400 tahun dahulu dah tau dah.


Dah memang dikatakan sidratul munthaha tu berbentuk seperti pokok jujube.. 1400 tahun kemudianya baru la saintis tahu rupa sebenar black hole pun mcm bentuk pokok tu.. apa yg pelik?

Sama juga dgn surah yg mengisahkan proses kejadian manusia..
Dah dikatakan peringkat awal proses manusia adalah berbentuk lintah..
1400 tahun kemudiannya baru kita tahu embrio manusia memang sebijik bentuk lintah.

Abis tu hang expect apa... andaikan ditulisnya lintah darat.. mau tak garu kepala pak arab.. sebab cuma org melayu je yg paham perumpamaan kepada kata pangilan itu... ;-)


Dgn 100 tahun funding berbillion USD buat fasiliti scan bintang utk apa?
- upah pelukis lakaran?
Ohh.. ok... lepas baca ni baru sy fhm..
Ok la sy x mahu gangu lagi.. selamat berbahagia.. ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 01:56 AM | Show all posts
system_failure replied at 1-4-2023 11:24 AM
Wahh perkataan 'andaian' tu dikalerkan merah sehh...
Takpelah segalanya kan cuma andaian je... mana  ...


Wahh perkataan 'andaian' tu dikalerkan merah sehh...
Takpelah segalanya kan cuma andaian je... mana pernah terbukti pun..
Punyalah ramai prof yg mengatakan black hole tu bergraviti kuat dan berjisim malah sehingga kini dah menelan 3 buah bintang yg semua org tau juga bergraviti kuat pun kalah dgn black hole..
Ok la semua ni just andaian jer.. mcm citer doremon jer.. ;-)


Khen...

Prof funnel portal dunia ke akhirat gitteww.
Menjunam masuk laci doremon



Dah memang dikatakan sidratul munthaha tu berbentuk seperti pokok jujube.. 1400 tahun kemudianya baru la saintis tahu rupa sebenar black hole pun mcm bentuk pokok tu.. apa yg pelik?

Sama juga dgn surah yg mengisahkan proses kejadian manusia..
Dah dikatakan peringkat awal proses manusia adalah berbentuk lintah..
1400 tahun kemudiannya baru kita tahu embrio manusia memang sebijik bentuk lintah.

Abis tu hang expect apa... andaikan ditulisnya lintah darat.. mau tak garu kepala pak arab.. sebab cuma org melayu je yg paham perumpamaan kepada kata pangilan itu... ;-)


Yes, pelik.
1400 lps punya bidara, saintis baru tahu sidratul muntaha.
1400 lps punya lintah, saintis baru tahu embrio.


Apologetik, saintis pun garu kepala.



Ohh.. ok... lepas baca ni baru sy fhm..
Ok la sy x mahu gangu lagi.. selamat berbahagia.. ;-)


Khen...


Selamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 05:56 PM | Show all posts
system_failure replied at 1-4-2023 11:24 AM
Wahh perkataan 'andaian' tu dikalerkan merah sehh...
Takpelah segalanya kan cuma andaian je... mana  ...

saudara,

terima kasih atas perbincangan menarik untuk mengharmonikan agama yg ghaib dengan sains sunnatullah....

anda digalakkan untuk ulas sebanyak banyaknya.....agar tanda tanda dr allah itu jelas.....

namun begitu, bersikap selamatlah dengan tidak memuktamadkan hal tersebut.

paling kuat pun katalah mungkin....ok.....

itu lebih selamat.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072864 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list