CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10680|Reply: 2

BERHENTI MEROKOK - DATA TERBARU DAN CARANYA

[Copy link]
Post time 26-3-2023 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Data terbaru menunjukkan bahawa, selama mana pun seseorang itu telah merokok dan pada umur berapa pun dia berhenti, dia akan hidup lebih lama dan merasa badannya sihat biarpun telah berumur. Juga, jika lungs sudah rosak, dengan berhenti merokok, kerosakan itu akan tidak berterusan dan perokok akan merasa lebih sihat. Pada keseluruhannya, nyawa perokok adalah 10 tahun lebih pendek dari mereka yang tidak merokok.
Kenapa kita ketagih kepada rokok? Jawapannya adalah mudah: nicotine adalah suatu chemical yang sangat addictive.

Pada dasarnya, menghela nafas yang mempunyai apa-apa pun asap, adalah merbahaya. Ini termasuklah asap didapur, asap pembakaran kayu, asap di kilang2, asap di jalan raya, asap pembakaran sampah, sisha, pipe, vapes, malah apa2 sourcenya: menghela asap2 semuanya adalah activity yang merbahaya. Yang paling bahaya ialah asap rokok gulung kerana tobacco nya tidak lagi difilter dan menghela asap dari perokok lain.


Asap rokok mempunyai lebih 5000 chemicals termasuk tar dan nicotine. 70 dari chemicals ini boleh menyebabkan cancers, jadi, the odds untuk seseorang itu mengelak dari cancers jika sudah merokok lama, adalah sangat sukar. Chemicals lain2 nya yang tidak menyebabkan cancers, adalah beracun pada badan eg pada jantung, blood vessels etc. Cancers dari rokok termasuklah bibir, lidah, gusi, mulut, hidung, sinus, pharynx, larynx, pita suara, tonsils, trachea, oesophagus, stomach, lungs, pancreas, kidney, bladder, usus, ovary, cervix dan leukaemia.


Dengan tidak memasukkan asap rokok kedalam badan, benefitnya adalah sangat cepat, cuma kita tidak perasan. Selepas tidak merokok:
selama 20minit - degutan jantung turun menjadi normal
selama 8 jam - nicotine dan Carbon Monoxide dalam darah mula turun, Oxygen jadi normal
selama24 jam - Carbon Monoxide mula jadi normal dalam badan
selama 48 jam - nicotine mula hilang, selera mula naik
selama 72 jam - pernafasan mula lega, dan badan terasa sihat
selama 2 minggu - perjalanan darah mula improve
selama 3 bulan - perjalanan darah makin improve
selepas 9 bulan - fungsi paru2 meningkat sebanyak 10%
selepas 1 tahun - risiko serangan jantung turun 50% berbanding mereka yg masih merokok
selepas 10 tahun - risiko cancer paru2 turun 50% berbanding mereka yg masih merokok
selepas 15 tahun - risiko untuk serangan jantung sama dengan mereka yang tidak pernah merokok

Cara terbaik berhenti merokok:
1 - Mula bercakap tentang idea ini secara terbukaeg dgn kawan2, adik beradik
2 - Pilih suatu tarikh, dan bila ia datang, maka terus stop
3 - Gantikan dengan activity yang lebih menarik eg keluar makan angin, makan coklat etc
4 - Bila dikalangan perokok, ambil dan minum segelas air, atau makan coklat atau lebih baik: tinggalkan mereka
5 - Buang semua yang ingatkan pada rokok eg pemetik api, poster rokok etc
6 - Jika mampu, dapatkan nicotine patch dari pharmacy, ini menjadikan percubaan berhenti merokok 4x lebih berjaya

Untuk mendapat cancer paru2 dari merokok adalah suatu yang pasti; jika kita tidak dapati perokok itu dapat cancer paru2 adalah kerana dia mati kerana penyakit lain terlebih dahulu eg kegagalan paru2 eg COPD, jangkitan paru2 eg Pneumonia, serangan jantung, stroke, lemah jantung, kegagalan kidneys dan cancer2 lain eg leukaemia, bladder etc. Jika seorang perokok itu hidup cukup lama dan tidak mati kerana hal2 lain, cancer paru2 pasti tumbuh didalam badannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Good effort doc..but i think now mcm trend hisap vape. Which is dangerous?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 01:07 AM | Show all posts
adila39 replied at 27-3-2023 10:16 PM
Good effort doc..but i think now mcm trend hisap vape. Which is dangerous?

vape mengeluarkan vapour (ie dari air), dan vapour adalah lebih selamat dari asap.
walaubagaimanapun, dalam air itu ada nicotine, walaupun addictive, sekurang2nya tak ada tar dan pelbagai chemicals lain yg membawa kepada pelbagai cancers. tetapi kita masih belum jelas, apakah kesan jangka panjang dari vapes ni.

bagi sy, vapes tidak membuang addiction dan stigma dari perokok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.543127 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list