View: 2075|Reply: 0
|
Saya gembira dengan kejayaan ini- Hakim Danish
[Copy link]
|
|
HAKIM DANISH bersama trofi yang dimenanginya pada Red Bull Rookies Cup 2023 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal - Ihsan ZK Racing
PETALING JAYA: Muhammad Hakim Danish mencatat keputusan sensasi pada penampilan sulungnya dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023, setelah dia mencatat keputusan podium pada Perlumbaan 2 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, semalam.
Pelumba muda berusia 15 tahun itu melengkapkan saingan di kedudukan ketiga dengan catatan masa 26 minit 09.365s.
Angel Piqueras dari Sepanyol menjuarai perlumbaan tersebut dengan lakaran masa terpantas 26:09.348s, manakala, tempat kedua dimenangi oleh rakan senegaranya, Marcos Ruda (26:09.350s).
Hakim yang juga merupakan anak Malaysia pertama menjuarai Asia Talent Cup tahun lalu ketika ditemu bual selepas perlumbaan melahirkan rasa syukurnya berjaya mencatat keputusan podium dalam penampilan sulungnya itu pada kejuaraan tersebut.
“Saya gembira dengan kejayaan ini. Perlumbaan tadi sangat sengit, kami bersaing rapat antara satu sama lain.
“Podium pada penampilan sulung saya, terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada saya,” katanya yang mengutip 15 mata dalam perlumbaan itu.
Perlumbaan tersebut yang diadakan bersempena Grand Prix Portugal yang merupakan aksi pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia bagi musim 2023 turut menyaksikan Hakim Danish menghuni kedudukan kelima dengan catatan masa 26:15.635s dan meraih 11 mata berharga.
Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia yang turut beraksi dalam kejuaraan itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 menerusi catatan masa 26:18.802s dan mengumpul enam mata.
Dalam Perlumbaan 1, Danial Syahmi yang melakukan penampilan kedua pada kejohanan itu melengkapkan aksinya di tangga kesembilan dengan catatan masa 26:23.552s dan membawa pulang tujuh mata.
“Saya bermula dengan rentak yang bagus, cuma ada sedikit kesilapan dan saya terlepas sehingga ada jurang dari kelompok pelumba hadapan, apapun saya bersyukur berjaya habiskan perlumbaan,” ujarnya.
Piqueras menjuarai Perlumbaan 1 dengan lakaran masa terpantas 26:12.852s, manakala, di tempat kedua serta ketiga menjadi milik Alvaro Carpe juga dari Sepanyol (26:13.525s) dan pelumba Finland, Rico Salmela (26:14.980s).-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... n-ini-hakim-danish/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|