View: 840|Reply: 7
|
Wanita Bingung Suami Marah-Marah Ibu Tinggal Bersama, Paksa Tinggalkan Di Rumah Orang Tua
[Copy link]
|
|
Seorang wanita terkilan dan sedih apabila digesa suami untuk meninggalkan ibunya sendiri di rumah orang tua.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut yang merupakan anak tunggal akui tidak tergamak untuk berbuat demikian kepada ibunya.
Katanya, ibunya yang berusia 69 tahun sebelum ini tinggal seorang diri di Kedah dan memerlukan penjagaan rapi kerana sakit.
Gambar Hiasan
“Jadi, saya ajak mak untuk tinggal sekali di Kuala Lumpur dan mak rela hati ikut. Kerja saya pun dekat dengan rumah. Saya boleh balik tengok mak.
“Dari segi belanja dan barang keperluan mak seperti lampin dewasa, segala ubat dan susu semua saya yang tanggung,” katanya.
Bagaimanapun, dia memberitahu, suaminya mula marah-marah selain menyatakan ibunya itu menyusahkan mereka.
“Dia marah depan mak saya dan kami bergaduh teruk sehingga dia suruh pilih mak atau dia. Kalau pilih dia, hantar mak rumah orang tua.
“Saya tak sanggup, mak saya ada saya seorang sahaja lagi dan saya berfikir nak tinggalkan suami sebab mak jaga saya dari kecil hingga berjaya,” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, dia tetap cuba menjelaskan kepada suaminya bahawa menjaga ibu merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya.
“Tetapi suami kata, kalau mak tanggungjawab saya, kenapa kahwin dengan dia. Luluh hati saya sedangkan saya selalu bantu ibu bapa dia.
“Jujur, sebelum ini saya bahagia. Tiada masalah. Namun, ujian ini berat untuk saya,” jelasnya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu - kalau aii, aii pilih ibu. Sebab ibu tak boleh dibeli dgn wang ringgit dan tak ada ganti. Suami kita boleh cari lain :-) |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 15-4-2023 06:37 AM
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu - kalau aii, aii pilih ibu. Sebab ibu tak boleh dibeli dgn wang ...
Isteri bwh tapak kaki suami
Suami yg bwh tapak kaki ibu
Tp jenis laki gini layak di tapak kaki kan ajer
As suami isu2 gini kena consider la
Dun selfish
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali bila ibu lelaki tu sakit
disuruh bini tu jaga
jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
Sahihkah hadis syurga dibawah tapak kaki ibu?
Ramai sahabat yang bertanya soalan berkenaan di ???? page.
Hadith syurga dibawah tapak kaki ibu dengan lafaz:
الجنة تحت أقدام الأمهات
Lafaz ni yang popular disebut-sebut. Ianya merupakan hadith yang tidak shahih melalui lafaz tersebut.
Riwayat yang shahih adalah dengan lafaz:
الزمها فإن الجنة تحت قدميها
Maksudnya: "Tetaplah bersamanya (ibu) kerana sesungguhnya syurga itu dibawah kedua kakinya".
(Hadith riwayat al-Hakim dan lain-lain)
Al-Syeikh Nashir al-'Ulwan menyebutkan bahawa hadith tersebut jayyid (elok).
Wallahua'lam.
#admin
Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith |
|
|
|
|
|
|
|
Huraian Jawapan https://www.muftiwp.gov.my/artik ... tapak-kaki-para-ibu
Hadis berkenaan syurga di bawah tapak kaki para ibu adalah satu hadis yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Semenjak daripada kecil masyarakat sering diperdengarkan dengan hadis ini. Tujuannya adalah untuk mendidik anak-anak kecil untuk taat dan hormati para ibu mereka. Lafaz hadis tersebut adalah seperti berikut:
الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ
Maksudnya: Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu.[1]
Setelah melakukan penelitian terhadap lafaz hadis ini terdapat dua jalur sanad yang berbeza. Jalur sanad yang pertama merupakan jalur daripada Anas bin Malik RA, manakala jalur sanad kedua pula adalah daripada Ibn ʻAbbas RA. Walau bagaimanapun, kedua-dua jalur mempunyai masalah.
Jalur daripada Anas bin Malik RA bermasalah disebabkan perawi yang bernama Mansur bin al-Muhajir dan Abu al-Nadhr al-Abbar. Menurut Ibn Hajar al-ʻAsqalani, Mansur bin al-Muhajir adalah seorang mastur (tidak dikenali).[2]
Kemudian, al-Munawi menukilkan pandangan Ibn Tahir dalam Fayd al-Qadir bahawa Mansur bin al-Muhajir dan Abu al-Nadr al-Abbar sebagai tidak dikenali dan hadis mereka adalah munkar.[3]
Pada jalur Ibn ʻAbbas RA juga berlaku hal yang sama, yang mana terdapat perawi bermasalah dalam sanad iaitu Musa bin Muhammad bin ʻAta’. Menurut Ibn ʻAdi, riwayat hadisnya munkar dan dia juga mencuri (riwayat) hadis (yusriq al-hadith).[4]
Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa ayahnya iaitu Abu Hatim al-Razi mengatakan Musa bin Muhammad bin ʻAta’ adalah pendusta.[5]
Ibn Hajar juga mengatakan Musa bin Muhammad bin ʻAta’ adalah salah seorang daripada perosak hadis (أحد التلفاء).[6]
Jika diperhatikan daripada sudut maksud hadis maka maksudnya adalah sahih. Hal ini kerana terdapat hadis lain yang diriwayatkan secara sahih dengan sanad dan matan yang berbeza. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muʻawiyah bin Jahimah al-Salami seperti berikut:
أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا
Maksudnya: Bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: Ya, masih. Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”[7]
Riwayat al-Nasa’i
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, hadis syurga di bawah tapak kaki ibu dengan lafaz { الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ } adalah palsu. Namun, maknanya sahih berdasarkan keseragaman maknanya dengan riwayat yang sahih sanadnya iaitu فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا. Justeru, sebaiknya disandarkan hadis ini kepada lafaznya yang sahih dan meninggalkan lafaz yang palsu tersebut. Setiap maklumat yang kita perolehi lebih-lebih lagi yang melibatkan nama Rasulullah SAW sebaiknya diselidiki dan disahkan terlebih dahulu kebenarannya. Ini bagi mengelakkan daripada kita melakukan pendustaan ke atas Baginda SAW. Selain itu, Islam mengajarkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Wallahua’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga di bawash kaki suami atau di bawah tapak kaki suami itu tiada asal..... tiada hadith dan tiada dari Al-Quran |
|
|
|
|
|
|
|
Jazakallahu khairan, saudaraku.Atas ilmu yang bermanfaat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|