CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Melaka] Dua lelaki dituduh bunuh pengurus syarikat

[Copy link]
Post time 22-5-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Patrick Chu Chee Guan (baju lokap, depan) dan Deebanahsok didakwa bunuh pengurus syarikat, dalam satu pergaduhan dua minggu lalu. Foto/video- Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Dua lelaki dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan membunuh pengurus sebuah syarikat.

Kedua-dua tertuduh, A Deebanahsok, 27, dan Patrick Chu Chee Guan, 36, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan Majistret Mazana Sinin kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki, M Sandrasekaran, 33, di Jalan 3/25, Taman Kenanga antara jam 3.30 hingga 4.15 pagi, 9 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati.


Timbalan Pendakwa Raya J Banusha menjalankan pendakwaan kes manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam A Mathan.

Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat mangsa dan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh berikutan kesalahan mengikut pertuduhan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 30 Jun depan.

Sementara itu, Patrick Chu tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan mempromosikan judi mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di kawasan tempat letak kereta di hadapan Orchard Square, Pangsapuri Jayamuda, Jalan Rev Seet Kim Beng kira-kira jam 11 pagi, 30 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi dirampas dan penjara tidak melebihi tiga tahun.

Media sebelum ini melaporkan pengurus sebuah syarikat maut dalam pergaduhan di Taman Kenanga selepas dikatakan menegur saiz payudara seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dilapor berkata, laporan bedah siasat menyatakan punca kematian mangsa berusia 33 tahun itu adalah disebabkan tikaman di jantung.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-pengurus-syarikat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.160259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list