CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Selangor] Bengkel haram, kedai besi haram ugut penduduk dirobohkan

[Copy link]
Post time 31-5-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode

EMPAT kedai besi buruk dan bengkel haram dirobohkan dalam operasi sekitar SS13, Subang Jaya , kelmarin.

Subang Jaya: Empat bengkel termasuk kedai besi buruk yang dibina atas tanah kerajaan secara haram dirobohkan dalam operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar SS13 di sini, kelmarin.

MBSJ dalam satu kenyataan berkata, operasi pada 4 petang itu dijalankan susulan aduan dari penduduk sekitar yang diugut oleh pemilik premis terbabit.

"Perusahaan bengkel haram dan besi buruk yang beroperasi selama beberapa tahun ditambah dengan isu ugutan dari pemilik premis terhadap penduduk sekitar dan menghalang laluan jalan awam diserbu.

"Operasi itu berjaya dijalankan dengan pembabitan tiga jabatan MBSJ iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan dan Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik serta anggota Balai Polis Bandar Sunway," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MBSJ berkata, empat notis perobohan serta-merta dikeluarkan mengikut Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) membabitkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam.

"Pelbagai barangan bengkel kenderaan seperti tong gas, jet hidraulik, pemotong besi dan pelbagai peralatan termasuk besi buruk disita.

"Pemilik premis dikenakan tindakan perundangan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran," katanya.

MBSJ menegaskan akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa serta tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang ingkar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penduduk-dirobohkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 1.095250 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list