CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Melaka] Pindah pesakit guna tangga sebab lif rosak

[Copy link]
Post time 4-6-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular menunjukkan pesakit dipindahkan menggunakan tangga di Hospital Melaka.

Melaka: Video tular yang merekodkan proses pemindahan pesakit menggunakan tangga di Hospital Melaka di sini, berlaku ekoran kerosakan luar jangka lif di Blok F hospital berkenaan, semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, kerosakan lif berkenaan menyebabkan akses ke beberapa wad di hospital berkenaan terhad, namun pemindahan pesakit ke wad lain perlu dilakukan.

"Video tular berkenaan memaparkan proses memindahkan pesakit yang berada di wad aras empat ke aras tiga dengan menggunakan tangga, kerana berlaku situasi luar jangka gangguan perkhidmatan lif di Blok F Hospital Melaka.

"Proses pemindahan pesakit melalui tangga perlu dilaksanakan atas faktor kepentingan dan kelangsungan rawatan pesakit kritikal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, proses pemindahan pesakit berkenaan, dilakukan dengan pemantauan rapi daripada pihak perawat serta pengurusan wad, dan pesakit itu telah dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Justeru katanya, semua pihak dipohon untuk tidak membuat spekulasi tidak berasas kerana ia boleh menimbulkan situasi panik, dalam kalangan pesakit.

Dalam pada itu, Ngwe berkata, Hospital Melaka sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf lif di beberapa blok hospital berkenaan dan sepanjang tempoh itu, jumlah lif yang beroperasi telah dikurangkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian lif baharu.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf lif berkenaan terbahagi pada dua fasa iaitu antara Oktober 2022 hingga Julai depan bagi fasa satu, manakala fasa dua akan bermula pada Julai depan hingga Disember.

Sehingga semalam katanya, sebanyak dua lif yang rosak telah dibaiki dan berfungsi dengan pemantauan daripada pihak Hospital Melaka.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 32 saat, merekodkan seorang pesakit diusung turun menggunakan tangga, dipercayai berlaku di Hospital Melaka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gga-sebab-lif-rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.389000 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list