CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Selangor] Suami sempat panggil 'ayang' sebelum hilang dari pandangan

[Copy link]
Post time 5-6-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN mencari dan menyelamat membawa naik mayat, Mohd Faizal yang ditemukan 9.35 pagi. FOTO Ihsan Bomba

Sepang: "Sehari sebelum kejadian (Sabtu lalu), suami ajak saya untuk berjalan melihat sunset (matahari terbenam). Dia kata jom kita honeymoon (bulan madu) berdua (sambil berkelah).

"Malam itu juga dia pergi beli tikar dan minta saya buat kuetiau goreng untuk makan sama ketika berkelah. Tak sangka itu detik terakhir saya bersama arwah suami," kata Nur Fatihah Mohamad Yusoff, 26.

Nur Fatihah memberi reaksi itu ketika menceritakan detik akhir bersama suaminya Mohd Faizal Mahasan, 30, yang meninggal dunia akibat lemas selepas cuba menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan yang lemas di Sungai Sepang Kecil, di sini semalam.

Mengimbas kejadian itu, Nur Fatihah berkata, dia dan suami bertolak ke Pantai Bagan Lalang dari Puchong Perdana dan sampai kira-kira 1 tengah hari di situ.

"Sebelum itu, suami sempat menjamah kuetiau goreng yang diinginkan. Ketika sedang berehat, suami mengajak untuk melihat orang ramai mencari kepah sambil berjalan sejauh sekitar 100 meter berhampiran sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi manda.

"Tidak lama kemudian kami melihat ada dua pemancing melambai ke arah kami beritahu ada dua kanak-kanak lemas. Waktu itu, saya tersangkut dalam selut dan bila toleh ke belakang, suami saya lari sepantas mungkin dan terjun untuk mencapai dua kanak-kanak itu.

"Itu terakhir dia jerit panggil saya 'ayang' dengan bercampur air (terkapai-kapai di muara sungai). Dua tangannya melambai seperti meminta tolong sebelum terus hilang," katanya ketika ditemui, hari ini.

Hari ini, mayat Mohd Faizal ditemukan 9.35 pagi pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Semalam Harian Metro melaporkan dua kanak-kanak lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, di sini manakala seorang lelaki yang cuba menyelamatkan mereka ketika kejadian masih hilang.

Dua beradik perempuan yang lemas dikenali sebagai Asya Tasnim Muhammad Zafifi, 9, dan Aris Noraini Muhammad Zafifi, 7, disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, ketika kejadian, kanak-kanak terbabit dilihat terkapai-kapai sebelum diselamatkan orang awam dan diberi bantuan pernafasan kecemasan, namun gagal diselamatkan.

Mayat dua kanak-kanak itu ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan pada Isnin kemudian berjaya menemui mayat Mohd Faizal kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 9.35 pagi.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... lang-dari-pandangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.889837 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list