CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Selangor] Sudah langgar lampu merah, tunjuk jari tengah pula

[Copy link]
Post time 28-6-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar rakaman tersebut yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan melanggar lampu isyarat merah menerima kecaman orang ramai.

Bukan itu sahaja, penghantar makanan itu juga bertindak menunjukkan jari tengah kepada pemandu kereta lain yang membunyikan hon terhadapnya.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera papan pemuka pemandu terbabit sebelum dikongsikan di media sosial.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penghantar makanan tersebut dan meminta agar pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadapnya.

Selain itu, orang ramai turut meminta syarikat penghantar makanan mengenakan tindakan menggantung akaun lelaki berkenaan.

“Benda macam ini bukan sahaja salah, tapi juga membahayakan. Mesti laporkan kalau tidak, mungkin akan mengambil nyawa atau menyebabkan kesulitan kepada pihak lain,” kata Bernard.

“Kalau kena langgar baru tahu menyesal. Dahlah tak ada EPF atau SOCSO, duduk hospital tak ada pendapatan, nanti mengharapkan bantuan orang ramai sajalah,” kata Rojak.

“Bukan main bagi jari tengah, bila dah kena gantung nanti salahkan orang lain,” kata Shahriman.

“Dekat KL East Mall, situ memang ramai ‘rider’ langgar lampu merah,” kongsi Izan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... k-jari-tengah-pula/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list