CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tanah runtuh, Jalan Balik Pulau-Batu Feringghi hanya boleh dilalui kenderaan ringan

[Copy link]
Post time 1-7-2023 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Tanah runtuh, Jalan Balik Pulau-Batu Feringghi hanya boleh dilalui kenderaan ringan


Oleh Audrey Dermawan - Julai 1, 2023 @ 7:27pm  [email protected]




Keadaan tanah runtuh di Jalan Balik Pulau-Batu Feringghi akibat hujan lebat sejak lewat malam tadi. Foto ihsan Facebook JKR Pulau Pinang




BALIK PULAU: Hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi menyebabkan tanah runtuh di Jalan Balik Pulau-Batu Feringghi, di sini, pagi ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melalui catatan di Facebook memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi membabitkan runtuhan di kawasan seluas 30 meter di pinggir Kilometer 46.8 laluan terbabit.

"Setakat ini hanya satu lorong sahaja boleh dilalui dengan laluan hanya dibuka kepada kenderaan ringan," katanya.

Berdasarkan foto dikongsi melalui Facebook JKR Pulau Pinang, sebahagian pinggir laluan terkesan dengan runtuhan termasuk meruntuhkan penghadang.

Papan tanda amaran juga diletakkan di laluan terbabit sebagai makluman kepada pemandu mengenai kejadian tanah runtuh.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.185358 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list