CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

[Perlis] Annuar Musa dijangka antara calon dipertimbang Majlis Syura Ulama PAS

[Copy link]
Post time 5-7-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Annuar Musa dijangka antara calon dipertimbang Majlis Syura Ulama PAS


Oleh Aizat Sharif - Julai 5, 2023 @ 2:36pm bhnews@bh.com.my




Hashim Jasin




ARAU: Majlis Syura Ulama PAS dijangka melakukan tapisan calon parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Jumaat ini, ketika desas-desus bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, yang baru menyertai parti itu, mungkin tersenarai sebagai calon di Kelantan.

Segala keputusan berkenaan diserahkan kepada Perhubungan PAS negeri itu, selain proses tapisan Majlis Syura Ulama dijadual diadakan pada Jumaat ini.

Dalam masa yang sama, PAS tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan penyertaan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, ke dalam Pas dan menjadikannya sebagai salah seorang calon pada PRN nanti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata nama Annuar adalah di antara yang mungkin diletakkan dalam senarai calon yang akan dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama PAS bagi tapisan.

"Senarai calon bakal dikemukakan Perhubungan PAS negeri masing-masing. setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan mengemukakan tiga nama calon untuk kita (Majlis Syura Ulama) pertimbangkan.

"Daripada situ pula, kita akan lihat dan meneliti kelayakan setiap calon itu yang bakal dikemukakan sebelum pertimbangan selanjutnya," katanya ketika ditemui hari ini.

Hashim berkata, proses berkenaan penting untuk memilih mereka yang benar layak untuk bertanding dalam PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Annuar yang juga Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) menyertai PAS baru-baru ini, beberapa bulan selepas mendiamkan diri sejak dipecat dari UMNO.

Beliau juga dilaporkan berkata, tidak kisah jika tidak bertanding asalkan UMNO tidak menang.

Malah menurut Annuar, jika diberikan mandat untuk bertanding, beliau perlu berbincang dengan pucuk pimpinan PAS bagi mengetahui tujuan diamanahkan berbuat demikian.

PAS sebelum ini mengumumkan antara kriteria dan keutamaan utama seseorang dipilih menjadi calon Pas yang bakal dipilih bertanding di 126 kerusi DUN dalam PRN nanti adalah tidak terbabit dengan dosa besar serta berakhlak.

Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi PRN enam negeri kali ini juga sudah dimuktamadkan.

PN akan menurunkan calon mereka bertanding di semua 245 kerusi DUN, membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Daripada jumlah itu, PAS akan bertanding 126 kerusi, BERSATU bertanding 83 kerusi, manakala Gerakan (36 kerusi).








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.088145 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list