CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat berikat dengan leher digantung batu terapung di laut

[Copy link]
Post time 8-7-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Mayat berikat dengan leher digantung batu terapung di laut


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



GAMBAR hiasan




Nibong Tebal: Mayat dengan tangan dan kaki terikat serta leher digantung bongkah batu ditemui terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun, di sini semalam.

Penemuan itu dimaklumkan orang awam kepada pihak polis pada 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dengan keadaan mayat begitu tragis.

"Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan terbelah di perut dan kita percaya bahawa mangsa telah dicederakan dengan senjata tajam.

"Kemudian pelaku pula bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa termasuk mengikat bahagian leher dengan tali bersama sebongkah batu sebelum mencampak mayat mangsa di muara sungai," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui dan mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.

"Ketika ditemui mangsa masih berpakaian baju T berkolar lengan pendek berwarna merah dan seluar 'boxer'.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kes atau kehilangan ahli keluarga boleh tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-4650777 atau hotline IPD Seberang Perai Selatan 04-5858222," katanya.



Disiarkan pada: Julai 8, 2023 @ 9:15am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 2.676218 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list