CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Selangor] Gara-gara berlagak samseng pekerja pasar raya ditahan

[Copy link]
Post time 13-7-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Ampang: Pekerja pasar raya ditahan selepas disyaki berlagak ala samseng jalanan melakukan ugutan terhadap pekerja penghantaran yang memandu perlahan di Jalan Pandan Cahaya 2 /3, di sini, 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

"Pada 15 Jun jam 6.40 petang, mangsa lelaki tempatan berusia 31 tahun memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum didatangi suspek yang memarahi mangsa dengan nada tinggi serta memaki hamun.

"Suspek juga ada mengangkat tangan seperti mahu menumbuk mangsa.

"Motif kejadian dipercayai berpunca suspek tidak berpuas hati cara pemanduan mangsa yang perlahan dan berhenti di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan jam 3.30 petang semalam dan semakan mendapati tiada rekod lampau manakala ujian urin juga negatif.

Katanya, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pasar-raya-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.091506 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list