|

MOHD Azam Ismail. FOTO Fathil Asri.
Ampang Jaya: Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dengan penipuan khidmat penurapan jalan di sekitar daerah ini.
Suspek yang berusia 20 hingga 44 tahun itu mendakwa mereka adalah pekerja yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek menawarkan perkhidmatan penurupan jalan di hadapan rumah dengan harga RM500.
"Polis menerima satu laporan dari mangsa pada 13 Julai lalu yang mendakwa ditipu kumpulan berkenaan. Mangsa yang percaya dengan tawaran kumpulan individu itu kemudian membayar wang pendahuluan sebanyak RM200.
"Bagaimanapun, tiada sebarang penurapan jalan dilakukan kumpulan lelaki terbabit selepas bayaran dilakukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azam berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan polis membuat serbuan semalam di sekitar daerah ini dan berjaya menahan enam lelaki.
"Polis percaya sudah ramai yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi suspek.
"Suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... turap-jalan-ditahan |
|