View: 284|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
4 pasangan bersekedudukan ditahan
[Copy link]
|
|

PENGUATKUASA menyoal pasangan dalam operasi di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Cheras. FOTO Ihsan DBKL.
Kuala Lumpur: Tindakan empat pasangan bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan sah mengundang padah apabila ditahan dalam operasi bersepadu awal lagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi itu dijalankan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Cheras, di sini.
DBKL dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sejumlah lima premis diperiksa dan tindakan penguatkuasaan menerusi pemeriksaan ke atas 175 buah bilik penginapan membabitkan 20 buah tingkat secara keseluruhan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan bersepadu ini, Jawi menahan empat pasangan beragama Islam atas kesalahan syariah bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan yang sah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan dibawa ke pejabat Jawi untuk tindakan dokumentasi selanjutnya.
"Manakala DBKL mengeluarkan satu notis kompaun terhadap premis hotel yang beroperasi tanpa kebenaran mengikut Akta Hotel (WPKL) 2003.
"DBKL akan meneruskan tindakan pemantauan dan pemeriksaan bersepadu secara berperingkat terhadap aktiviti rumah tumpangan atau hotel bajet yang terdapat sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan ia beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sekedudukan-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|