CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Melaka] Sindiket judi guna lesen e-sukan tumpas

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

POLIS merampas komputer utama, mesin simulator, set komputer serta perkakasan internet di 16 lokasi serbuan sekitar Melaka Tengah, Melaka.


MELAKA: Sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik lesen e-sukan di 16 lokasi sekitar Melaka Tengah tumpas, selepas polis menyerbu premis terlibat dan merampas komputer utama, mesin simulator, set komputer serta perkakasan internet, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kumpulan berkenaan telah mengendali dan mempromosi pertaruhan secara dalam talian menerusi laman sesawang perjudian di setiap lokasi serbuan yang dijadikan pusat permainan judi mesin.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dan mensasarkan pelanggan tempatan menerusi media sosial dengan menggunakan pelbagai akaun palsu.

“Berpandukan kepada maklumat awal serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di bawah Op Pelican. Pada 11 julai 2023 lebih kurang pukul 7.50 malam, sepasukan polis dari Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPK Melaka telah melancarkan serbuan lanjut di bawah Op Dadu di 16 lokasi sekitar Melaka Tengah.

“Transaksi jualan dan belian berlaku menerusi perbankan dalam talian. Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan iklan dan promosi permainan judi dalam talian yang kian meluas di pelbagai saluran media internet.

“Polis memandang serius aktiviti perjudian dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan yang didapati terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, polis merampas 10 set komputer utama, 120 buah mesin simulator, 230 set komputer dan perkakasan internet.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4B (B) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda minimum RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas atau kedua-dua sekali,” tegasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... sen-e-sukan-tumpas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075277 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list