CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dah bayar tapi Along dakwa masih hutang

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Shahmie bersama Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong membuat aduan berkaitan penipuan Along yang mendakwa dirinya masih berhutang. FOTO IHSAN MCA

Kuala Lumpur: Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini.

Namun 'azab ngeri' mula menghantui seorang lelaki apabila Along terbabit mendakwa dirinya masih berhutang.

Malah lebih malang dan memalukan apabila Along terbabit turut menyebarkan poster gambar mangsa, dikenali Muhammad Shahmie, 25, di kawasan Kampung Laksamana, Gombak, dekat sini, pada 14 Jun lalu.

Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kejadian itu, Muhammad Shahmie berkata, dia pernah membuat pinjaman dengan Along sebanyak RM32,000 dan berjaya melangsaikan hutang itu pada awal tahun ini sebanyak RM51,000.

Menurutnya, selepas itu dia sudah tidak mahu membuat pinjaman lagi kerana bimbang dengan keselamatan diri.

"Bagaimanpun pada hujung Mei lalu, ketika berada di rumah di Gombak, dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya Along dan memberitahu saya masih berhutang RM20,000.

"Dia juga meminta saya menjelaskan hutang terbabit jika tidak mahu rumah disimbah cat namun saya menafikan masih berhutang kerana sudah menjelaskannya," katanya ketika hadir membuat aduan di Pejabat MCA, di sini, hari ini.

Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Selayang pada 31 Mei lalu dan 14 Jun lalu berhubung kejadian ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 178 kes Along seperti ini membabitkan jumlah pinjaman RM15.4 juta.

Menurutnya, mereka yang membuat pinjaman dengan Along dinasihatkan menyimpan rekod bukti menjelaskan bayaran dan mengambil dokumen pinjaman itu supaya tidak digunakan sekali lagi oleh Along untuk memerangkap peminjam konon masih berhutang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dakwa-masih-hutang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list