View: 325|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Baru saja bebas, jadi ulat tiket pula
[Copy link]
|
|

LIMA individu ditahan dalam Operasi Parkir Haram di sekitar Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan PDRM.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang baru saja dibebaskan dari penjara antara lima individu yang ditahan dalam Operasi Parkir Haram di sekitar ibu kota ini, semalam.
Lelaki berusia 46 tahun itu berkata, dia dibebaskan dari Penjara Kajang pada 3 Julai lalu selepas menjalani hukuman penjara selama lima bulan atas kesalahan dadah.
"Baru beberapa kali saya kutip duit untuk 'parking' (parkir) sekitar Jalan Lumut memandangkan saya juga sewa bilik di kawasan ini.
"Saya tidak minta bayaran tetap, mereka (orang awam) boleh bagi seikhlas hati saja. Dalam tempoh beberapa jam sebelum saya ditahan, saya dapat RM6 selepas dua orang awam yang hulur duit pada saya," katanya ketika ditemui, di sini, awal pagi tadi.
Seorang lagi ulat parkir haram warga asing yang ditahan berusia 45 tahun memaklumkan dia memungut RM25 bagi setiap kereta diparkir di Jalan Puncak yang terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur.
"Kawan ajak saya kerja kutip duit untuk 'parking'. Saya baru saja kerja tiga jam sebelum polis tahan saya. Saya tak sempat nak tanya bos (majikan) berapa sebulan gaji mereka bayar.
"Saya terpaksa kerja ini sebab sudah dua bulan tak ada kerja," katanya menetap di negara ini sejak 10 tahun lalu dan memiliki permit kerja dalam sektor industri.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, seramai lima lelaki termasuk dua warga asing berusia 29 hingga 46 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.
"Seramai tiga pegawai dan 12 anggota JSPT Kuala Lumpur terbabit dalam operasi ini yang bermula jam 6 petang semalam hingga 3 pagi tadi.
"Operasi ini dijalankan di sekitar Jalan Lumut, Jalan Bukit Bintang, Jalan Hang Jebat, Jalan Metro Pudu dan Jalan Puncak.
"Daripada lima individu yang ditahan, dua daripadanya adalah penganggur, manakala dua lagi bekerja menjaga parkir serta seorang penghantar makanan," katanya.
Katanya, semua individu yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adi-ulat-tiket-pula |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|