|

Laporan Harian Metro
Melaka: Penganjur peragaan 'ratu' yang didakwa akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, Ahad ini sudah dipanggil ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Namun, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata tiada individu daripada pihak berkenaan tampil.
Menurutnya, susulan maklumat diperoleh dari media sosial, penganjur sudah dipanggil untuk diambil keterangan dan sepatutnya hadir semalam.
"Kita sudah kenal pasti pihak penganjur tetapi bukan dari Melaka, malah turut memanggil pihak itu untuk tampil diambil keterangan.
"Namun setakat ini, sepatutnya semalam masih lagi tidak datang ke JAIM. Sekiranya mereka datang pun tetap tidak akan benarkan kita konsisten (dengan keputusan dibuat).
"Kita akan pastikan penganjuran aktiviti seperti itu tidak berlaku di negeri ini kerana ia akan mencemarkan kesucian dan kemurniaan Melaka.
"Sekiranya berlaku juga (seperti yang tular) kita akan laksanakan penguatkuasaan lebih tegas ke atas pihak yang terbabit," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, hari ini.
Terdahulu, penyampaian tokoh disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan mantan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad, dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1445H/2023M peringkat negeri Melaka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gagal-hadir-ke-jaim |
|