CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

[Pahang] Kes batuk kokol disahkan di Rompin

[Copy link]
Post time 19-8-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuantan: Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) dikesan di Kampung Bahagia, Rompin dekat sini.

Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan di sini hari ini berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin melaporkan kes berkenaan baru-baru ini, yang melibatkan satu keluarga iaitu seorang ibu serta dua anaknya, dan keadaan adalah terkawal.

Beliau berkata, semua pesakit telah diberi rawatan, dan berada dalam keadaan stabil, manakala PKD Rompin meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan di persekitaran kawasan tempat tinggal pesakit.

"Aktiviti pendidikan kesihatan melalui ceramah, edaran risalah dan informasi di media sosial juga telah dilaksanakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi mengulas penyebaran salinan surat makluman mengenai pengisytiharan wabak Pertussis di Rompin bertarikh 14 Ogos lepas, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dr Nor Azimi berkata, JKNP akan terus memantau kejadian dan meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan bagi memastikan penularan tidak berlaku.

Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.

Ia boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak pada umur dua, tiga, lima, dan 18 bulan, dan kanak-kanak yang mendapat pelalian lengkap hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi jika dijangkiti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -disahkan-di-rompin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.617654 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list