CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 818|Reply: 0

[Kedah] Abang seolah-olah sudah bersedia untuk pergi selamanya'

[Copy link]
Post time 20-8-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Abang seolah-olah sudah bersedia untuk pergi selamanya'


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



JAMILAH (duduk diatas kerusi) membaca doa selepas jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerong, semalam. FOTO Syaharim Abidin




Sungai Petani: "Mungkin majlis kenduri kahwin saya nanti akan diadakan bersama majlis tahlil untuk abang juga," kata Noorhidayah Muhamad Saleh, 30.

Adik kepada mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, Allahyarham Muhamad Hafiz berkata keputusan itu dibuat ayahnya selepas mengambil kira pelbagai persiapan yang sudah dibuat sebelum ini.

Katanya, majlis kenduri kahwin akan dilangsungkan pada Sabtu depan selepas akad nikah pada Jumaat.

"Saya sudah bincang dengan keluarga pagi tadi, ayah cakap majlis tetap akan diteruskan... yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan, mungkin buat kenduri bersama tahlil untuk abang sekali," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Noorhidayah berkata, mereka sekeluarga kini masih sebak selepas dimaklumkan abangnya membuat pelbagai persediaan seolah-olah sudah tahu akan dijemput Ilahi.

Katanya, dua minggu sebelum kejadian nahas, abangnya ke syarikat takaful dan insurans untuk membuat hibah atas nama kedua ibu bapa mereka.

"Segala-galanya dia buat atas nama mak ayah dan terlalu banyak dia tinggalkan untuk kami sekeluarga.

"Sebelum ini pun dia pernah cakap dia kalau boleh tak mahu mak ayah berniaga roti canai dan nasi lemak lagi.

"Dia bekerja keras untuk mak ayah, dia juga selalu bantu kami adik beradik, sepanjang hidup dia, dia suka menyenangkan mak ayah, dia kata biar dia susah tak apa, dia tak mahu kami susah," katanya.

Noorhidayah berkata abangnya juga sudah mengemas barang-barangnya di rumah sewa termasuk maklumkan kepada rakan serumah tempat simpanan barang penting miliknya.

"Segalanya Allah permudahkan untuk abang, rakan arwah sudah boleh bawa semua barang-barangnya ke rumah kami dengan mudah termasuk kereta miliknya.

"Malah urusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) milik abang pun sudah selesai, insuran untuk Food Panda pun sudah hubungi kami," katanya yang turut memberitahu menerima kunjungan yang tidak henti-henti sejak semalam.

Bagi Noorhidayah, segala kebaikan yang dilakukan abangnya diketahui satu demi satu selepas kematiannya.

"Abang saya ini mak saya cerita suka bantu orang susah terutama waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, dia akan sedaya upaya bantu walaupun orang itu dia tak kenal, kalau dia tak mampu dari segi wang ringgit, dia akan bantu dengan kudratnya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan abang yang banyak bantu mudahkan urusan kami, kisah abang ini diharap akan jadi pedoman untuk semua kerana setiap amalan yang baik sesama manusia pasti ada ganjaran daripada Allah," katanya.

Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, di sini, jam 3.45 petang semalam.



Disiarkan pada: Ogos 20, 2023 @ 7:04pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.606241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list