|
Berat badan merupakan perkara penting bagi masyarakat Korea terutama apabila bergelar selebriti yang sering menjadi perhatian peminat.
Berikutan kerap menerima pertanyaan tentang berat badan daripada peminat, penyanyi Soyou menitipkan nasihat berguna buat mereka.
Ini kerana pemilik nama lengkap Kang Ji-hyun itu tidak mahu peminat menurunkan berat badan secara tidak sihat.
“Berapa berat badan tidak penting sama sekali. Berat saya lebih 50 kilogram (kg), tetapi tidak kelihatan seperti itu.
“Hal ini kerana saya mempunyai banyak otot. Jadi, anda semua hanya perlu mengurangkan lemak dalam badan.
“Meskipun berat sama, badan akan nampak berbeza. Apabila ada otot, lemak badan akan hilang,” kongsinya dalam video The Star Magazine.
Sumber: HibGlam |
|