CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4992|Reply: 9

Ibu Dipenjara 6 Bulan Sebab Stalk Anak- Hantar Beratus Mesej Dan Call, Ceroboh Rumah

[Copy link]
Post time 19-9-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Seoul: Seorang ibu di Korea Selatan, dipenjara enam bulan atas kesalahan mengintai (stalking) anak perempuannya.


Independent UK melaporkan, tertuduh yang berusia 50-an itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara Disember 2021 dan Mei 2022.


Menurut mahkamah daerah di Daejeon, tertuduh menghantar 306 mesej teks dan menghubungi anak perempuannya itu sebanyak 111 kali.


Pada awalnya, mesej itu mengandungi permintaan biasa, seperti mencadangkan anak perempuannya membaca Injil atau bertanya soal kediaman, lapor akhbar The Korean Herald.


Gambar Hiasan




Bagaimanapun, anak perempuan itu enggan membalas mesej berkenaan.


Mesej daripada ibunya kemudian bertukar menjadi berunsurkan 'penderaan', termasuk dikatakan menghina mengenai tingkah laku seksual anak perempuan itu.


Tidak pasti mengapa anak perempuan itu enggan membalas mesej ibunya.


Media tempatan bagaimanapun tidak menyiarkan nama si ibu dan anak perempuannya itu.


Mahkamah diberitahu tertuduh juga terbabit dalam menghendap mangsa secara fizikal.


Dia dilaporkan membuat lapan lawatan tanpa kebenaran ke kediaman anak perempuannya dalam tempoh tertentu.


Ada kalanya, tertuduh secara sembunyi menghendap ke dalam rumah anak perempuannya, lapor dokumen mahkamah daerah Daejeon.


Meskipun polis sudah mengeluarkan perintah injunksi terhadap si ibu pada Jun lalu, tertuduh tetap ingkar arahan itu dan menceroboh rumah anaknya, sebanyak enam kali.


Walaupun tertuduh berkata bahawa tindakannya tidak disengajakan dan tidak dirancang, mahkamah menolak pembelaannya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 04:43 PM | Show all posts
gagal berfungsi sebagai individu, gagal berfungsi sebagai ahli keluarga dan gagal sebagai seorang ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti control freak omak eh sampai anaknya x nak reply msg mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:18 PM | Show all posts
mother from hell
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Madonna ada 2 anak dan 4 anak angkat. Very strict mum......tapi anak2 semua happy dgn dia walopon dia sendiri kita nampak mcm tak semenggah je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemas ank dia dapat mak gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibu dianggap stalker??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:33 AM | Show all posts
ooo ni mesti kes kristian punya cult

kat sana ada banyak kan kes macam ni

even Park Bo Gum punya family pun pernah ada issue ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 10:01 AM | Show all posts
kat sana polis boleh keluarkan perintah injunksi...polis kita x boleh kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:36 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051575 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list