CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4192|Reply: 7

Bas Ekspres Terbabas Langgar Pokok, Tiga Maut Termasuk Anggota Bomba Dan Pemandu

[Copy link]
Post time 20-9-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Lipis: Tiga maut termasuk seorang anggota bomba  selepas bas ekspres terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa.


Dalam kejadian 1.50 pagi itu, mangsa maut, Mohd Syukri Mat Noor, 55 adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai.


Dua lagi mangsa maut, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 63, dari Kampung Lalang Luas, Machang, Kelantan dan buruh binaan, Hossain Kamal, 41, yang juga seorang warga Bangladesh.




Foto: Harian Metro




Pemandu kedua bas, Che Bukhari Che Mat, 39 , dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pula patah kaki kiri.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu ketika melalui selekoh, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.


"Akibatnya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.


Beliau berkata, Che Bukhari dan enam lagi penumpang pula cedera.


Katanya, mangsa maut dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang.


"olis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah..
Aku sanggup blk klantan ikot ganu k.
Kalo xtdo dlu umah mak aku,aku dok hotel semalaman.
Then baru sambung perjalanan.
Sgt..sgt..sgt..xsuka lalu ikot merapoh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk bas nama leenadia. Dah lama takde kemalangan bas ni.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju sangat lettew.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 03:31 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 20-9-2023 01:51 PM
Allahuakbar
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ta ...

Highway CSR dari Merapoh ke Gua Musang tu terlalu bumpy dan tak terjaga. Rangka kereta terbakar terbiar tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 04:07 PM | Show all posts
time pagi2 buta lepas jam 12
area jalan kuala lipis - gua musang, trafik arah ke kelantan
mpv, bas dan lori semua laju2

siap makan jalan sebelah
aku tengok kereta lane sebelah siap berenti kat bahu jalan
sebab nak bagi laluan kat jilake ni semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 04:19 PM | Show all posts
Tajuk masih boleh diperbaiki. Siapa faham, faham lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:32 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.740336 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list