CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5221|Reply: 11

Perbicaraan Ebit Lew Bertukar Jadi Sesi Pertikaman Lidah Antara Pihak Pendakwaan Dan Pembelaan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan  Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan.


Pertikaman lidah bermula apabila pendakwaan ingin mengambil keterangan saksi kelapan iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mengenai laporan LGMS.


Pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bertanya mengenai kemungkinan untuk melakukan pemeriksaan utama mengenai laporan LGMS mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.




Foto: IG




Peguam mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan berpandangan, segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.


“Berikan kami tempoh untuk kaji DVD-R dan pemacu kilat dan segala yang berkaitan dengan IDD-2 kerana sumber membabitkan semua barang kes berkenaan diperoleh daripada LGMS, maka, pertanyaan mengenainya boleh dikemukakan pada perbicaraan berikutnya,” katanya di Mahkamah Majistret hari ini.


Menurutnya lagi, IDD-2 iaitu laporan siasatan forensik digital disediakan oleh pakar daripada syarikat LGMS dan orang terbaik yang sepatutnya menjelaskan tentang IDD-2 adalah LGMS dan bukannya saksi kelapan.


LGMS adalah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber professional yang menganalisis data digital.


Malah, saksi kelapan juga bukan orang yang menjalankan mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM. Maka, tiada keperluan untuk saksi kelapan memberi keterangan mengenai laporan forensik tersebut.


Sebelum pemeriksaan utama bermula, Ram memberitahu mahkamah, sekiranya saksi kelapan menerangkan tentang analisis kandungan pemacu kilat yang akan dikemukakan sebagai bahan bukti maka, pembelaan memohon diberikan masa mencukupi untuk meneliti kandungan pemacu kilat berkenaan.


Ram turut memohon agar saksi memberikan salinan kandungan DVD-R dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan.


Kemudian Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menyatakan memandangkan soalan-soalan berikutnya terhadap saksi kelapan berkaitan dengan DVD-R dan pemacu kilat maka, saksi diminta untuk membuat penyerahan salinan kandungan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan.


Terdahulu, Chang Ching turut memberitahu kepada mahkamah beliau diberi arahan oleh pegawai penyiasat untuk menganalisis kandungan berunsur lucah yang berkaitan dengan kes tersebut.


Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Majistret Nur Asyraf Zolhani memutuskan bahawa perbicaraan itu tidak akan diteruskan dengan saksi kelapan sehingga masa yang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan untuk mengkaji kandungan pemacu kilat.


Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud aerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.


Atas kesalahan itu, Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah dan Zahida manakala, tertuduh diwakili Peguam Ram Singh dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 05:26 PM | Show all posts
bukti tak strong ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli aku tengok muke dia ni dah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nate beruk ni apsal terlepas ke sana ke sini eh??

Semoga musibat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
liat betul… last2 kes nanti dibawa angin dibawah bayu lah alamatnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 08:14 AM | Show all posts
honam: bukti tak strong ke ?


Soal jawab mengenai cakera kilat tu sepatutnya ditanya kepada pakar yang mengeluarkan brg berkenaan, kalau bukti tu document kena ditanya oleh maker of the documents bukan org lain.

Lagi satu, bukti tersebut juga tak ditunjukkan kepada peguam EL sebelum perbicaraan. Jadi si Ram tu bantah (raise objection).

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 09:07 AM | Show all posts
Sesuchiiii embun... dekat forum ni rasionak sket komen..bukak kt fb n tt semua pemuja si cendawan nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 09:11 AM | Show all posts
adakah dewa sayu and peguam nak tgk dulu, then kalau betul nak cover or suap duit supaya bukti tu tak sampai kat mahkamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 12:38 PM | Show all posts
elzy replied at 27-9-2023 08:14 AM
Soal jawab mengenai cakera kilat tu sepatutnya ditanya kepada pakar yang mengeluarkan brg berkenaa ...

dia hamek anak mendiang karpal singh bekap, ermm memang dengan hakim sekali berpinau kena putar
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:26 PM | Show all posts
green~tea replied at 26-9-2023 10:42 PM
Nate beruk ni apsal terlepas ke sana ke sini eh??

Semoga musibat

Dah namanya pkai ugama Islam, msti lh lpas sbb ummah Mulayu Melesia cpat maafkn yg "berugama" cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:27 PM | Show all posts
SembangKari replied at 27-9-2023 09:07 AM
Sesuchiiii embun... dekat forum ni rasionak sket komen..bukak kt fb n tt semua pemuja si cendawan ni ...

Kat FB, TT & IG jgn sekali2 dropped any comments mcm kat Cari ni sbb kat sna smua pmuja2 dia brkumpul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:17 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.311709 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list