CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 16

Ibu Tunggal, Tomboi Tukar Pengakuan Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun

[Copy link]
Post time 27-9-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal dan rakan serumahnya,wanita tomboi menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandungnya, sejak Julai bulan lalu.


Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awiin Chua, 30, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.


Terdahulu, Nurul Asyiqin yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi disambut oleh ayah kandung dan bapa saudaranya yang hadir untuk mengikuti perjalanan kes tersebut.


Foto: Kosmo




Suasana pilu menyelubungi mahkamah itu setelah Nurul Asyiqin dan bapanya, Mohamad Zahir Ahmad, 62, berpelukan dan menitiskan air mata setelah beberapa tahun tidak bertemu.


Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa dengan niat menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.


Bagi pertuduhan kedua, Nurul Asyiqin dan Awiin didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa berada dalam pemeliharaan mereka.


Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.


Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Zubir manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Abd. Rahim Ali.


Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 02:51 PM | Show all posts
mana komen ????
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nak komen ape, da nmpk terang lg bersuluh pengkid berani dgn budak je, kalu dpt kat jantan mngandung gak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
"suasana pilu" apanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:35 PM | Show all posts
benci nya corak api2 baju tomboi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:36 PM | Show all posts
Moga depa disebat mcm depa buat kat budak tu.. bodo punya pengkid tomboi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 03:44 PM | Show all posts
kena penjara berapa tahun ni
kurus sikit si tomboi tu ek
padan muka kau
dah tak jumpa beberapa tahun tu kenapa pulak
sepatutnya manusia mcm ni keluarga tak payah dtg beri sokongn pun dekat mahkamah
lebih hina dari pesalah kes dadah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:07 PM | Show all posts

Awiin Chua?

tu ja nak komen

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 04:43 PM | Show all posts
cikatilia replied at 27-9-2023 03:35 PM
benci nya corak api2 baju tomboi tuh

sedang dibakar api neraka
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:59 PM | Show all posts
masuk mahkamah baru dpt jumpa bapanya....selama ni tak penah balik kg jumpa bapaknya ke? dasar....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 10:51 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 27-9-2023 03:10 PM
nak komen ape, da nmpk terang lg bersuluh pengkid berani dgn budak je, kalu dpt kat jantan mngandung ...

Yg ni mmg btul sbb dri azali mmg prmpuan asli tpi sygnya dorg ni cuma suka kat prmpuan je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli nye. Pasangan nippon paint.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 04:15 PM | Show all posts
mejaputih replied at 27-9-2023 04:59 PM
masuk mahkamah baru dpt jumpa bapanya....selama ni tak penah balik kg jumpa bapaknya ke? dasar....

ntahnya. kalau benci sangat budak tu sbb dah cerai dgn apaknya, campak la budak tu kat mak ayah ko yg masih ada tu. ni hidup mcm takde sedara mara. sebatang kara, dia igt bila dia buat gitu keluarga takkan tercalit sama ke

benci mana pon kat anak, takkanla sampai hati nak mendera. anak sendiri kot tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Katiknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 28-9-2023 04:15 PM
ntahnya. kalau benci sangat budak tu sbb dah cerai dgn apaknya, campak la budak tu kat mak ayah ko ...

Ntah apa motif dia nk bela anak tu tp dera pula...biasa org yh xnak jaga anak dia dia gi anto kat rumah makpak..agaknya sbb hubungan dgn makpak pun x baik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kena penjara. Denda je tak cukup nak ajar pendera gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 05:16 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053805 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list