CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3605|Reply: 0

Rekod bersih Inter Milan dipadamkan Sassuolo

[Copy link]
Post time 28-9-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Rekod bersih Inter Milan dipadamkan Sassuolo

INTER Milan tumbang 2-1 kepada Sassuolo dalam saingan Serie A. FOTO Reuters


Milan: Rekod bersih Inter Milan musim ini 'tercemar' selepas tewas mengejut 2-1 kepada Sassuolo dalam aksi Serie A di laman sendiri awal pagi tadi.

Inter turun dengan motivasi tinggi selepas merakam lima kemenangan berturut-turut dalam lima aksi awal liga musim ini untuk berada di tangga pertama.

Malah, Inter memulakan saingan dengan langkah kanan apabila mendahului 1-0 di babak pertama menerusi jaringan Denzal Dumfries yang berlangsung di San Siro itu.

Bagaimanapun, pelawat mempamerkan aksi lebih kemas di babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan di minit 54 melalui percubaan jarak jauh Nedim Bajrami sekali gus gagal dihalang penjaga gol tuan rumah, Yann Sommer.

Domenico Berardi meledak gol kemenangan 10 minit sebelum berakhir untuk memastikan Sassuolo pulang membawa tiga mata penuh, malah ia adaah kejutan kedua dalam seminggu selepas turut mengejutkan Juventus sebelum ini.

Inter kekal di tangga teratas liga dengan perbezaan gol mengatasi AC Milan yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Cagliari.

"Selepas aksi yang baik di babak pertama, kami sepatutnya mendapatkan tambahan gol tetapi kami hilang fokus terutama selepas gol penyamaan pihak lawan," kata pengendali Inter, Simone Inzaghi.

"Kalah di hadapan penyokong sendiri ia cukup menyakitkan. Kami perlu terima keputusan ini, dan walaupun hadual agak padat dengan aski berikutnya Sabtu ini, kami perlu bangkit segera," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dipadamkan-sassuolo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050211 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list