CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5810|Reply: 0

Kelantan United kecapi kemenangan ketiga

[Copy link]
Post time 2-10-2023 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan United kecapi kemenangan ketiga


PEMAIN Kelantan United FC, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil (kiri) diasak oleh pemain Penang FC, Mohamad Adib Abdul Raop (kanan) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR


Kota Bharu: Kelantan United Football Club (KUFC) menang tipis 1-0 ke atas Penang FC dalam saingan Liga Super, malam ini.

Tuan rumah berjaya mengutip tiga mata berharga di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menerusi gol tunggal import, Dominik Balic minit ke 67.

Seawal mula permainan, pelawat terlebih dahulu hampir membolos gol tuan rumah namun lambungan Sony Saad tepat dibaca penjaga gol KUFC, Shahril Sa'ari untuk menepis keluar bola.

Skrip sama berulang buat tuan rumah apabila Kim Deok nyaris merembat gol dalam kotak penalti namun dinafikan skuad Harimau Kumbang minit 44.


Gol yang ditunggu tuan rumah muncul selepas hantaran Jose Elmer Porteria tepat ke Balic yang menendang kencang bola dari jarak jauh untuk gol tunggal KUFC.

Kemenangan itu sudah pasti menjadi tonik buat skuad Ailton Dos Santos yang baru mengecap tiga kemenangan sepanjang 22 perlawanan liga super musim ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-kemenangan-ketiga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050385 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list