Dengan hati yang berat, Victoria menceritakan berita hubungan sulit tersebut merupakan momen terburuk dalam hidupnya. Dedah Victoria, suaminya itu terjebak dengan skandal kecurangan dengan bekas pembantu peribadinya di Real Madrid.
Ketika itu David mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Rebecca Loos pada tahun 2003. Berita kecurangan itu diketahui oleh Victoria selepas Rebecca memberitahu dalam satu temu bual.
Rebecca yang dipecat selepas empat bulan bekerja dengan David, mendedahkan dia telah melakukan hubungan seksual sepanjang bekerja.
https://murai.my/wp-content/webp ... 023/10/3-1.jpg.webp
Selepas mengetahui tentang hal itu, Victoria memberitahu momen tersebut adalah mimpi buruk hidupnya. Dia kemudiannya berpindah ke Sepanyol, semata-mata mahu berada di samping David.
“Sebaik saja tiba di Sepanyol, kami bagaikan tidak mendapat sokongan satu sama lain. Ia amat menyedihkan. Saya tak dapat jelaskan betapa sukarnya saat itu dan bagaimana ia memberi kesan pada saya.”
Manakala David pula mendedahkan skandal kecurangan tersebut adalah ujian pertama dan terberat dalam perkahwinannya bersama Victoria.
“Kami bukan sahaja kehilangan satu sama lain tetapi tenggelam dalam ujian yang menimpa. Victoria segala-galanya buat saya, jadi apabila melihat dirinya terluka, ia amat sukar untuk saya. Tetapi kami sama-sama memilih untuk berjuang dan bertahan demi perkahwinan serta keluarga.”
Siapa sangka pasangan bahagia pun ada ujian sebegini…
Sumber:
https://murai.my/2023/190146/tia ... rita-kisah-sebenar/