CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8344|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPDN periksa 6,186 premis pantau Skim Harga Maksimum Tahun Baru Cina 2024

[Copy link]
Post time 17-2-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Azman Adam

Kuala Lumpur: Sebanyak 6,186 pemeriksaan dijalankan terhadap premis perniagaan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 hingga 14 Februari lalu.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata, ia merangkumi 118 pemeriksaan ke atas premis borong dan pengeluar serta 6,068 pemeriksaan terhadap premis runcit.

"Kita mengambil tindakan undang-undang membabitkan 43 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga.

"Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan sepanjang pelaksanaan skim berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Azman berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan sepanjang tempoh pelaksanaan skim berkenaan.

"Majoriti peniaga diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim itu.

"Berdasarkan pemantauan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan itu berjalan dengan baik dan lancar.

"KPDN merakamkan penghargaan kepada pihak industri dan keseluruhan peniaga atas komitmen serta kerjasama menjayakan pelaksanaan skim ini," katanya.

Katanya, pelaksanaan skim itu adalah langkah kerajaan menangani kos sara hidup semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

"Tempoh pelaksanaan skim ini adalah selama sembilan hari dan berkuat kuasa pada empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan.

"Sebanyak 11 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimum diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahun-baru-cina-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057324 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list