CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8422|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sewa skuter elektrik lebih menguntungkan

[Copy link]
Post time 17-2-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Operasi Khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Siri ke-3 melibatkan rampasan kenderaan bermotor di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO AIMAN FARHAN

Kuala Lumpur: Peniaga sewa basikal di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, mendakwa pihaknya terpaksa menawarkan khidmat sewa skuter elektrik bagi menampung kos operasi perniagaan itu.

Peniaga yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, kenderaan itu mendapat banyak permintaan daripada pelanggan yang berkunjung di taman berkenaan.

"Kita (peniaga) tahu skuter elektrik tidak boleh disewa di kawasan ini, namun kita dapat banyak permintaan daripada pelanggan yang mahu menaiki kenderaan itu berbanding basikal.

"Jika harap pada sewa basikal iaitu RM10 sejam, ia tidak mampu menampung kos operasi kami berbanding sewa skuter elektrik pada kadar RM24 bagi tempoh 40 minit," katanya.



Peniaga itu ditemui ketika operasi tindakan khas Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Menurutnya, sukar untuk peniaga sewa basikal di taman berkenaan mahu mendapatkan ramai pelanggan memandangkan jumlah peniaga yang ramai di sekitar tempat rekreasi itu.

"Terdapat 45 peniaga yang sewa basikal di sini, jadi susah untuk kami dapatkan pelanggan kerana persaingan kuat. Apabila ada kelainan seperti skuter elektrik, ia beri kami lebih pendapatan.

"Macam saya, hanya dapat purata antara RM2,500 ke RM3,000 sebulan jika hanya sewa basikal. Jumlah itu tidak dapat menampung kos operasi termasuk bayar gaji pekerja dan baiki kenderaan rosak," katanya.

Dalam operasi bermula jam 9.30 pagi itu, kira-kira 100 basikal yang tersadai serta 30 skuter elektrik disita selepas didapati melanggar syarat sah lesen.

Mengikut syarat lesen peniaga yang dikeluarkan pihak DBKL, beca, basikal elektrik, skuter elektrik, kasut roda, papan luncur, skuter dan kenderaan berenjin seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

Tindakan sita yang dikenakan dalam operasi itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Perlesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lebih-menguntungkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046676 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list