CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7780|Reply: 0

[Kelantan] KPWKM ambil tindakan, lindungi pelajar tahfiz didera

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) - Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Auditorium Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu pelajar tahfiz yang didera di sebuah madrasah di Selangor.

Menteri KPWKM Datuk Seri Nancy Shukri berkata, siasatan dibuat dan pihaknya akan menjaga kebajikan pelajar itu yang juga kanak-kanak, seperti yang dipertanggungjawabkan.

Katanya, kementerian juga sudah menghubungi Jakim untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bentuk bantuan diperlukan, berikutan institusi tahfiz di bawah kelolaan agensi berkenaan.

"Sebaik dimaklumkan berita itu, kami terus menghubung Jakim untuk bertanya bentuk bantuan diperlukan dan diberitahu bahawa pusat pengajian agama itu tidak berdaftar.



"Kami akan melindungi kanak-kanak terbabit selain turut menawarkan khidmat kaunseling kepada pelaku jika dia mempunyai masalah peribadi," katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pelancaran Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN)-Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, hari ini.

Nancy mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam mengenai tindakan melampau tenaga pengajar sebuah madrasah tahfiz tidak berdaftar di Selangor yang memukul dan memaksa pelajar tidur di dalam tandas.

Operasi pusat pengajian agama itu yang didakwa didukung ahli politik dari pantai timur, peguam serta pengamal perubatan turut dikesan mengutip dana daripada orang ramai kononnya untuk membiayai pembinaan surau yang tidak pernah disiapkan hingga kini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elajar-tahfiz-dider

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063184 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list