CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8968|Reply: 0

Hukum solat tanpa memakai pakaian dalam

[Copy link]
Post time 29-2-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Hukum solat tanpa memakai pakaian dalam

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... akai-pakaian-dalam/

Oleh PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
29 Februari 2024, 8:20 am


Solat tanpa pakaian dalam melibatkan pergerakan kecil. – Gambar hiasan

Apakah hukum seseorang itu melaksanakan solat tanpa memakai pakaian dalam? Adakah ia akan membatalkan solat tersebut kerana berlaku banyak pergerakan? Mohon pencerahan.

Jawapan: Hukum solat tanpa memakai pakaian dalam yang melibatkan pergerakan zakar dan payudara adalah sah kerana pergerakan tersebut termasuk dalam kategori pergerakan anggota tidak mampu dikawal dan bukan kategori pilihan orang mendirikan solat.

Ia juga termasuk dalam pergerakan sedikit kerana melibatkan anggota badan yang ringan

Perbahasan mengenai pergerakan-pergerakan yang boleh membatalkan solat telah dibahaskan oleh ulama-ulama fiqah sejak sekian lama.

Imam al-Nawawi menyatakan dalam kitabnya, Minhaj al-Tolibin berkenaan pergerakan-pergerakan anggota badan yang boleh membatalkan solat dalam mazhab Syafi‘i iaitu: “Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun daripada jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa. Dan jika perbuatan itu bukan daripada jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan sedikit tidak membatalkan solat.”

Berdasarkan ungkapan ini, dapat difahami bahawa pergerakan yang dilakukan secara sengaja selain daripada perbuatan asal dalam solat sekalipun ia termasuk dalam jenis perbuatan dalam solat (seperti menambah rukuk atau sujud), maka batal solat tersebut kecuali dilakukan dalam keadaan terlupa.

Manakala, pergerakan yang tidak termasuk dalam jenis perbuatan dalam solat, maka terbatal solat tersebut jika ia dilakukan dengan pergerakan yang banyak. Adapun pergerakan yang sedikit tidak akan membatalkan solat.

Para fuqaha mazhab al-Syafi’i telah membahaskan berkenaan kategori pergerakan banyak yang membatalkan solat dan perbezaannya dengan pergerakan sedikit. Ia mengikut ketetapan berikut:

Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala.

Jika ia hanya melibatkan pergerakan anggota badan yang ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat sekalipun dilakukan berulang kali kerana ia termasuk dalam pergerakan sedikit.

Pergerakan yang banyak ialah pergerakan yang dilakukan tiga kali secara berturut-turut atau lebih menurut uruf setempat.

Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua.

Kesimpulannya, merujuk kepada persoalan berkenaan pergerakan zakar dan payudara bagi orang yang menunaikan solat.

Di sisi fuqaha Syafi’iyyah, pergerakan ini termasuk dalam kategori pergerakan anggota badan yang bukan kategori pilihan orang mendirikan solat kerana ia diqiyaskan dengan solat dalam keadaan tidak mampu mengawal pergerakan.

Ia juga dikaitkan dengan pergerakan sedikit kerana hanya melibatkan anggota badan ringan iaitu zakar dan payudara.

Justeru, hukum solat bagi mereka yang tidak memakai pakaian dalam adalah sah dan tidak membatalkan solat sebanyak mana pergerakan sekalipun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.612876 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list