CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7132|Reply: 0

Klopp anggap gol Nunez sah

[Copy link]
Post time 3-3-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez menanduk masuk gol kemenangan ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di The City Ground, Nottingham. - Foto AFP



NOTTINGHAM: Jurgen Klopp mendakwa jaringan kemenangan kontroversi Darwin Nunez ke atas Nottingham Forest di akhir permainan adalah sah untuk Liverpool melebarkan kelebihan kepada empat mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Nunez yang baru pulih daripada kecederaan, menanduk masuk gol tunggal permainan pada minit kesembilan masa kecederaan untuk kemenangan 1-0 di City Ground.

Bagaimanapun jaringan penyerang Uruguay itu membuatkan Forest berang selepas pengadil, Paul Tierney memberhentikan permainan sebelum gol berkenaan kerana kecederaan kepala pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate.

Tierney meniup wisel ketika Forest sedang menyerang di kawasan Liverpool dan selepas Konate pulih, pengadil memberikan bola kepada penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher, yang kemudian memulakan gerakan untuk gol Nunez.



"Ia sama seperti di babak pertama bukan? Memang sama, cuma terbalik. Saya menerimanya kerana ia berlaku di babak pertama juga. Jika tidak berlaku, saya juga pasti akan mempersoalkannya.

"Saya anggap ia sebagai peraturan, saya tidak tahu. Tetapi kerana ia berlaku dua kali dan ditangani dengan cara sama, saya tidak nampak sebab untuk mereka bincangkan," kata Klopp.

Di awal permainan, Tierney menghentikan serangan Liverpool selepas kapten Forest, Ryan Yates terkena sepakan Harvey Elliot dan permainan diteruskan dengan penjaga gol tuan rumah, Matz Sels memulakan serangan.

"Saya faham 100 peratus keterujaan dan kemarahan Nottingham, sudah tentu, mereka berjuang habis-habisan. Tetapi ia berlaku dua kali dan konsisten," katanya.

Gol kemenangan Nunez memberikan Liverpool kemenangan liga pertama di City Ground selepas hampir 40 tahun.

Kejayaan itu menambah tekanan ke atas Manchester City dan Arsenal yang berada di tangga kedua dan ketiga, dengan masing-masing akan beraksi malam ini serta esok menentang Manchester United dan Sheffield United.

Skuad kendalian Klopp yang dilanda kecederaan, melakar enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk dalam final Piala Liga menentang Chelsea pada Ahad lalu.

"Empat perlawanan dalam tempoh 11 hari, lima dalam 15. Ia amat sukar. Dengan situasi skuad kami sekarang, ia bertambah sukar dan cara pemain-pemain mengatasinya sangat istimewa.

"Perlawanan keempat adalah paling sukar. Sukar dipercayai usaha yang diberikan pemain-pemain.

"Jika anda tanya saya 12 hari lalu adakah kami mampu memenangi kesemua empat perlawanan, saya akan katakan tidak," katanya. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... nggap-gol-nunez-sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.431525 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list