CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6879|Reply: 0

Sasaki senjata baru NSFC

[Copy link]
Post time 12-3-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Takumi Sasaki senjata baharu Negeri Sembilan musim ini. - foto Ihsan NSFC

Seremban: Teka-teki mengenai kemungkinan seorang pemain muda dari Jepun bakal menganggotai skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) terjawab, apabila Takumi Sasaki disahkan menyertai pasukan terbabit bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini beraksi dalam saingan J3 League di Jepun selaku pemain tengah dan sudah pun meledak dua gol daripada 22 perlawanan.

"Sasaki berasal dari Jepun adalah antara anggota baharu skuad Negeri Sembilan musim ini.

"Pemain yang memiliki ketinggian 1.66 meter ini beraksi bersama pasukan Ehime FC selama dua musim.


"Dia juga adalah salah seorang pemain Jepun yang pernah menganggotai skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) negara itu serta berkebolehan beraksi di serata posisi termasuk serangan.

"Kami yakin kehadiran Sasaki bakal memberi impak positif kepada kekuatan Negeri Sembilan dan tonggak penting dalam menghadapi saingan Liga M musim baharu ini nanti," kata jurucakap NSFC, hari ini.

Terdahulu, NSFC mengumumkan pemain import pinjaman dari Selangor iaitu Hein Htet Aung terus dikekalkan bersama Negeri Sembilan semusim lagi.

Aung yang memiliki kelicikan serta kreatif membuat umpanan berbahaya dalam petak penalti lawan dilihat bakal menjadi aset penting buat skuad Hobin Jang Hobin dalam usaha untuk memantapkan lagi aspek serangan.

Dengan kehadiran Sasaki dalam pasukan itu musim ini, Aung dijangka akan dapat membentuk gandingan mantap di bahagian tengah dan seterusnya membantu di bahagian serangan Negeri Sembilan.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan dan kapten pasukan itu musim lalu, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak terpaksa mencari hala tuju baharu selepas NSFC mengenepikannya musim ini.

"Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga M musim ini. Sepanjang kariernya bersama pasukan, beliau membantu pasukan memenangi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Perdana.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Zaquan atas segala jasa dan bakti bersama Negeri Sembilan. Semoga anda berjaya di dalam langkah kerjaya yang seterusnya," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Negeri Sembilan sudah memulakan latihan persiapan minggu lalu namun setakat ini, belum mengumumkan nama ketua jurulatih secara rasmi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan K Devan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-senjata-baru-nsfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list