CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 0

EPL: Man. City ‘ketar lutut’

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode

CITY berdepan 115 pertuduhan mengenai pelanggaran peraturan kewangan EPL. - AFP

KETEGASAN pengendali Liga Perdana Inggeris (EPL) menangani isu pelanggaran peraturan kewangan adil semakin ketara apabila Nottingham Forest menjadi mangsa kedua selepas Everton apabila mereka berdepan hukuman pemotongan empat mata gara-gara mencatat kerugian melebihi had yang dibenarkan.

Pemotongan tersebut menyaksikan Forest kini terperosok ke zon penyingkiran dengan ketinggalan satu mata berbanding Luton Town di kedudukan ke-17, namun isyarat yang diberikan oleh badan pengurusan liga itu mula menimbulkan kebimbangan buat beberapa lagi pasukan dalam saingan EPL terutama Manchester City.

The Citizens berdepan 115 pertuduhan pelanggaran peraturan berkenaan sejak 2009 hingga 2018 selain dituduh tidak memberikan kerjasama sepanjang proses penyiasatan dijalankan serta untuk tempoh selama sembilan musim memberikan maklumat tidak tepat mengenai struktur kewangan kelab itu.

Selain pemotongan mata, beberapa lagi hukuman boleh dikenakan sekiranya City didapati bersalah termasuk menghalang mereka meneruskan musim berbaki, perlawanan ulangan, hukuman denda wang tunai, pembatalan pendaftaran pemain baharu, malah mereka juga boleh disingkirkan daripada saingan EPL.

Selain City, dua lagi pasukan yang berada dalam radar pihak berkuasa EPL adalah Arsenal dan Chelsea berikutan perbelanjaan besar yang mereka lakukan dalam tempoh beberapa musim kebelakangan ini, namun The Blues disebut bakal berdepan masalah tersebut jika mereka gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/20/epl-man-city-ketar-lutut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.667850 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list