View: 4153|Reply: 0
|
Tuntutan berpuasa tak luntur komitmen untuk negara
[Copy link]
|
|
AKSI UBAIDULLAH ketika bertemu India, semalam. FOTO IHSAN FAM
Kuala Lumpur: Berpuasa bukan alasan buat pemain bola sepak untuk tidak memberikan sepenuh komitmen dalam latihan.
Biarpun latihan hanya dijalankan pada sebelah malam selepas selesai berbuka, pemain turut perlu memberi fokus dalam setiap taklimat tentang taktikal mahupun teknikal yang dijalankan di sebelah siang.
Bagi pertahanan kental skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, setiap pemain bola perlu cepat menyesuaikan diri apatah lagi ketika menjalani ibadah puasa yang hanya datang setahun sekali itu.
Dia yang beraksi bersama Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berkata, kesemua pemain tidak berdepan masalah sepanjang dua minggu latihan pusat diadakan ini yang secara kebetulan berjalan di bulan Ramadan.
Ujarnya, rakan sepasukan sedar akan tuntutan wajib menunaikan rukun Islam ketiga itu, malah tanggungjawab demi negara juga tidak dipandang enteng.
"Saya rasa tak ada masalah (berpuasa), semua pemain profesional...dari kelab lagi kita dah diajar buat macam ini, buat macam itu.
"Saya rasa kita dapat sesuaikan diri dengan baik," katanya yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 yang diumumkan semalam.
Ditanya tentang beraya di perantauan apabila bersaing di Piala Asia B-23 di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei ini, Ubaidullah anggap ia pengorbanan demi negara.
"Saya rasa setiap tahun pasukan B-23 memang kalendar (setiap pertandingan) dekat-dekat raya (sambutan perayaan Aidilfitri) selama tiga tahun.
"Tahun lepas dapat balik raya dan tahun ini kalau terpilih (di bawa ke Qatar) tak dapat balik. Tapi saya rasa itu pengorbanan yang kita kena buat.
"Kita pilih jalan ini nak main bola, tapi walau bagaimanapun kita tetap dapat sambut dengan kawan-kawan," katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan tertutup kedua menentang India di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam tadi.
Dalam aksi itu, skuad B-23 negara diikat India 1-1 sekaligus gagal meneruskan rentak kemenangan seperti pertemuan pertama sebelum ini di mana anak didik Juan Torres Garrido menang 2-1.
Sementara itu, Ubaidullah mengucapkan terima kasih di atas penghargaan diberikan menerusi anugerah Pemain Terbaik Piala MFL dalam ABK 2023 semalam.
"InsyaAllah, saya akan gandakan lagi usaha dan cuba yang sebaik mungkin untuk dapatkan posisi kembali di liga kita.
"Selepas ini, saya hanya menunggu peluang untuk datang semula dan saya akan manfaatkannya sebaik mungkin," katanya.
Skuad B-23 kini dalam fasa terakhir menjelang kempen Piala Asia B-23 di mana pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mitmen-untuk-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|