View: 4431|Reply: 0
|
Giggs tidak cukup masyhur di mata Liga Perdana Inggeris
[Copy link]
|
|
Ryan Giggs menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketika mewakili Manchester United. - Foto AGENSI
LONDON: Ryan Giggs sekali lagi dipinggirkan Liga Perdana Inggeris apabila mereka mengumumkan senarai pendek terkini Dewan Kemasyhuran.
Legenda Manchester United itu - yang memegand rekod umpanan gol paling banyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan memenangi 13 gelaran liga - sekali lagi tidak tersenarai walaupun sudah dibebaskan daripada dakwaan keganasan rumah tangga tahun lalu.
Giggs, 50, berdepan tuduhan mencederakan bekas kekasihnya, Kate Greville dan adiknya, Emma.
Namun dalam pendengaran di mahkamah pada Julai, yang mengambil masa kurang 10 minit, pihak pendakwaan tidak memberikan sebarang bukti dan Giggs didapati tidak bersalah.
13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dikumpul Giggs adalah yang paling banyak pernah dimenangi mana-mana pemain dalam sejarah berkenaan.
Dia turut melakukan 672 penampilan untuk United, dengan hanya Gareth Barry dan James Milner beraksi lebih banyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun enam bekas rakan sepasukan Giggs di Manchester United, tersenarai dalam senarai pendek 15 individu itu.
Mereka ialah pemenang treble 1999, Gary Neville dan Andy Cole, Michael Owen, Michael Carrick, Edwin van der Sar dan Nemanja Vidic.
Bekas penyerang Liverpool, Owen dan John Terry antara calon yang akan menyertai Dewan Kemasyhuran untuk kali keempat, manakala tiga lagi adalah calon baharu.
Cesc Fabregas, Eden Hazard dan David Silva kali pertama tersenarai selepas masing-masing bersara daripada bola sepak.
Fabregas menamatkan kariernya sebagai pemain kedua melakukan paling banyak umpanan gol, membantu 111 gol dalam 350 perlawanan.
Barisan penyerang pula terdiri daripada Jermain Defoe, Les Ferdinand dan Robbie Fowler.
Bekas pemain Arsenal, Sol Campbell dan Yaya Toure dari Manchester City melengkapkan senarai pendek berkenaan.
Hanya dua pemain daripada senarai berkenaan akan dimasukkan ke Dewan Kemasyhuran, dan peminat berpeluang mengundi calon-calon menerusi aplikasi Liga Perdana Inggeris.
Semalam, bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole diumumkan sebagai ahli terbaru Dewan Kemasyhuran. Dua lagi pemenang akan diumumkan pada 22 April. - AGENSI
Ashley Cole diumumkan sebagai ahli terbaru Dewan Kemasyhuran Liga Perdana Inggeris. - Foto AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-perdana-inggeris |
|
|
|
|
|
|
| |
|