CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3007|Reply: 0

Vietnam pecat Troussier

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode

VIETNAM memecat Philippe Troussier. FOTO REUTERS

Hanoi: Tempoh Philippe Troussier sebagai jurulatih Vietnam berakhir selepas hampir setahun berkhidmat berikutan kekalahan berturut-turut kepada pesaing serantau, Indonesia dalam kelayakan Piala Dunia.

Harapan Vietnam untuk mara ke peringkat kelayakan seterusnya semakin sukar selepas tewas 0-3 di tempat sendiri kepada Indonesia, semalam, lima hari selepas tewas 0-1 di tempat lawan.

Ia adalah kekalahan pertama Vietnam di tempat sendiri kepada Indonesia dalam hampir 20 tahun dan penyokong tuan rumah yang marah mendesak supaya pengendali berusia 69 tahun itu dipecat.

Ketua bola sepak Vietnam mengadakan perbincangan dengan Troussier selepas itu dan mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya.


"Philippe Troussier mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada pemain, kelab, persekutuan bola sepak serta peminat," kata persekutuan bola sepak Vietnam dalam satu kenyataan.

"Dia juga meminta maaf kepada peminat Vietnam kerana tidak memenuhi jangkaan diharapkan," kata kenyataan itu lagi.

Troussier yang berpengalaman luas juga adalah jurulatih bawah 23 tahun Vietnam.

Troussier yang menandatangani kontrak tiga tahun untuk membimbing skuad senior pada Februari tahun lalu berkata, dia mahu membawa mereka mara ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara itu.

Vietnam kini berada di tempat ketiga pada peringkat kumpulan dengan mengumpul tiga mata daripada empat perlawanan.

Hanya dua pasukan teratas sahaja yang akan mara ke peringkat seterusnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nam-pecat-troussier
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063613 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list