View: 7464|Reply: 0
|
Xabi Alonso sudah putuskan masa depan
[Copy link]
|
|
ALONSO membuat keputusan untuk kekal bersama Leverkusen biarpun khidmatnya menjadi buruan Bayern dan Liverpool untuk musim depan. - AFP
LEVERKUSEN – Pengurus yang menjadi buruan banyak kelab gergasi, Xabi Alonso membuat keputusan untuk kekal di BayArena dan terus mengemudi Bayer Leverkusen untuk musim depan sekali gus melenyapkan semua spekulasi mengenai kerjayanya.
Pengendali berusia 42 tahun dari Sepanyol itu sedang bersiap sedia untuk merangkul gelaran trebel musim ini sekali gus menamatkan penguasaan Bayern Munich selama 11 tahun dengan menjuarai trofi Bundesliga pertama dalam sejarah kelab itu.
“Banyak spekulasi mengenai masa depan saya. Sehingga sekarang kami sedang sibuk dan fokus dengan musim ini dan saya mengambil masa tempoh cuti rehat antarabangsa untuk berfikir dan membuat keputusan.
“Minggu lalu saya bertemu dengan ahli lembaga pengarah Leverkusen dan memberitahu mereka mengenai keputusan saya untuk kekal menjadi jurulatih Bayer Leverkusen,” katanya.
Tambahnya, sebagai seorang jurulatih muda dan sedang berkembang, beliau percaya Leverkusen adalah tempat terbaik untuk terus mengembangkan kariernya sebelum memikirkan mengenai destinasi berikutnya.
“Buat masa ini, saya sudah berada di tempat yang betul untuk mengembangkan bakat saya sebagai seorang jurulatih muda. Saya perlu berterima kasih dengan pihak pengurusan, kelab ini sangat menyokong dan saya rasa dihormati di sini,” jelasnya.
Alonso memiliki kontrak sehingga 2026, namun prestasi dipamerkan Leverkusen musim ini menyaksikan khidmatnya dikaitkan dengan Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich dan ketiga-tiganya merupakan bekas kelab beliau ketika bergelar pemain.
Leverkusen beraksi tanpa sebarang kekalahan musim ini dengan meraih 34 kemenangan dan empat keputusan seri serta memiliki kelebihan 10 mata di depan Bayern dan berada di landasan tepat menjulang kejuaraan Bundesliga berbaki lapan lagi perlawanan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... utuskan-masa-depan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|