CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4517|Reply: 0

[Selangor] Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas

[Copy link]
Post time 4-4-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Seramai 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini. - Foto hiasan NSTP

PETALING JAYA: Seramai 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, berkata operasi berkenaan dilancarkan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya selain memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam berjalan lancar serta selamat.

Dalam operasi itu juga pihaknya akan memperbanyakkan rondaan dan pemantauan di jalan-jalan utama dan lokasi berisiko berlaku kemalangan.

"Penguatkuasaan yang tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya melibatkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.


"Dalam op ini anggota kami juga akan membuat pemeriksaan teknikal terhadap bas-bas di depoh bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekatan jalan raya sempena operasi berkenaan di Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai di sini malam tadi.

Mengenai sekatan jalan raya yang berakhir tengah malam tadi, Azrin berkata sebanyak 497 motosikal diperiksa dan 340 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala tujuh notis larangan penggunaan kenderaan serta lapan notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan manakala 40 motosikal disita.

"Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan advokasi penggunaan topi keledar dengan pemberian 15 topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan topi keledar yang telah rosak dan tidak mengikut spesifikasi dalam sekatan jalan raya bermula 9 malam itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... j-selangor-bertugas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052424 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list