CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 0

[Selangor] Konon mahu beli penghawa dingin sebelum samun

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Kegiatan dua lelaki warga Myanmar aktif melakukan samun berkumpulan sejak tahun ini tumpas selepas ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata pada 23 Mac lalu, polis terima panggilan daripada seorang lelaki berusia 75 tahun memberitahu dia disamun oleh suspek warganegara asing.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama isteri dan pekerja sebelum didatangi suspek yang kononnya untuk urusan jual beli penghawa dingin.

"Suspek datang berjumpa pekerja itu urusan penghawa dingin bagaimanapun tiba-tiba salah seorang suspek menolak mangsa hingga jatuh. Pekerja dicekik serta ditumbuk pada bahagian muka oleh dua suspek.


"Suspek menggeledah rumah dan membawa lari wang tunai RM3,000 serta dua telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa mengalami kecederaan bengkak di bahagian mata kiri dan pekerja mangsa mengalami sakit di leher serta luka di bawah mata kanan.

"Kedua-dua mangsa menerima rawatan lanjut di Hospital Ampang.

"Susulan itu, pada jam 6.50 petang, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 33 tahun di Jalan Mawar, Taman Muda kerana disyaki terbabit dengan kes yang disiasat," katanya.

Beliau berkata, pihak polis membuat rampasan beg galas, dua kotak mengandungi wang syiling, jam tangan dan anak kunci bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian air kencing terhadap kedua suspek dapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

"Semakan dapati suspek pertama mempunyai satu rekod lampau manakala suspek kedua tiada rekod lampau," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua suspek aktif melakukan perbuatan samun dan pecah rumah sejak awal tahun ini.

"Modus operandi suspek menyasarkan kawasan perumahan teres untuk lakukan jenayah samun dan pecah rumah.

"Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga 9 Mei ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ingin-sebelum-samun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list