CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 0

[Selangor] 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'

[Copy link]
Post time 5-5-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

BATU simen itu terletak berhadapan Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor.

Hulu Selangor: "Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu.." Itu sebaris lirik lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang mengaitkan Kuala Kubu Baharu dengan tulisan atas batu.

Lirik lagu Joget Kenangan Manis itu kemudiannya menimbulkan ilham seorang arkitek Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Allahyarham Abdul Wahab Abdul Hamid yang juga Pengasas Persatuan Sejarah Kuala Kubu untuk menghasilkan sebuah batu simen berhadapan Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Kuala Kubu, Muhammad Hairy Marazat berkata, batu itu menjadi mercu tanda di kawasan Kuala Kubu Baharu.

"Batu ini menjadi ikon, simbol pelancongan, mercu tanda dan identiti kita. Identiti persatuan kita juga batu ini.


"Secara tidak langsung, ia dekat dengan kita disebabkan lagu itu sendiri mempunyai unsur seni dan sastera," katanya ketika ditemui di Galeri Seni dan Sastera Hulu Selangor.

Menurutnya, sejak ia dihasilkan pada tahun 2014, ribuan tulisan seperti tandatangan ditulis di atas batu ini oleh mereka yang melawat kawasan ini, selain pengunjung turut mengambil gambar.

"Sudah beribu tandatangan di atas batu ini. Biasanya mereka akan bawa pen sendiri.

"Tapi kalau mereka tak ada pen, kita akan beri padanya untuk menulis di atas batu ini. Mereka boleh conteng semua kecuali batu di sebelahnya yang berbentuk seperti tangan," katanya.

Selain itu, pihaknya juga banyak memadam tulisan di atas batu berkenaan atas faktor mahu mengecatnya kembali.

"Contohnya apabila ada perasmian majlis, kita lihat batu itu sudah pudar dan kita akan cat balik batu ini," katanya.

Katanya, di hadapan batu itu juga dijadikan pentas untuk aktiviti kesusasteraan seperti bacaan puisi dan sajak.

"Pada 6 Mei ini akan ada bacaan puisi di sini dan antara tetamunya, adalah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulis-nama-atas-batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049399 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list