CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6584|Reply: 0

Joselu pemusnah Bayern

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Joselu menjaringkan gol pertama Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Madrid: Real Madrid mencipta kebangkitan menakjubkan ketika menewaskan Bayern Munich untuk mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) menerusi dua gol lewat Joselu, awal pagi tadi.

Kemenangan 2-1 itu membolehkan mereka mara dengan agregat 4-3. Alphonso Davies meletakkan gergasi Jerman di depan pada babak kedua tetapi juara 14 kali Madrid menghasilkan kebangkitan mengagumkan hasil dua gol Joselu pada minit ke-88 dan 91.

Juara Sepanyol Real Madrid akan menentang satu lagi kelab Jerman Borussia Dortmund pada final 1 Jun di Wembley selepas mereka mengejutkan pasukan yang digelar 'black beast'.

"Ia sesuatu yang ajaib, sukar menjelaskannya," kata jurulatih Real Madrid Carlo Ancelotti.

Joselu yang masuk sebagai pemain gantian pada lewat perlawanan mencipta nama dalam sejarah Madrid menerusi dua gol keramat yang memberikan raja kebangkitan Eropah itu satu lagi malam paling diingati.

"Kebangkitan ini terhasil dengan perasaan dan hati seperti jurulatih beritahu anda perlu menang dengan hati," kata Joselu.

Madrid lebih mendominasi perlawanan tetapi jaringan cantik Davies hasil rembatan lencung pada minit ke-68 yang tampak mengulangi pertembungan dua kelab Jerman pada final 2013 di London.

Namun Joselu memusnahkan hasrat Bayern yang kempunan sebarang trofi kali pertama sejak 2012 menerusi gol penyamaan hasil kesilapan penjaga gol Bayern Manuel Neuer yang sebelum itu cemerlang mengawal gawang.

"Kami tak bernasib baik. Manuel banyak menyelamatkan kami sehinggalah kesilapan itu tetapi ia boleh berlaku dalam bola sepak," kata pertahanan Bayern Matthijs de Ligt.

Joselu kemudiannya melengkapkan kebangkitan Madrid pada minit ke-91 juga menerusi tolakan mudah selepas mendapat hantaran Antonio Rudiger.

Jaringan itu pada mulanya dibatalkan akibat ofsaid tetapi kemudiannya disahkan VAR sekali gus membolehkan Madrid memburu trofi UCL ke-15 mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elu-pemusnah-bayern
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055416 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list