CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3022|Reply: 1

Kita tiada nasib lawan Jepun - Sarjit

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Malaysia, Amirul Hamizan Azhar (tengah) mengawal bola ketika bertemu Jepun pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh malam tadi. – Foto BERNAMA

IPOH: Skuad hoki negara perlu segera melupakan kekalahan pahit di tangan Jepun dan memberi fokus sepenuhnya untuk memenangi perlawanan terakhir Piala Sultan Azlan Shah menentang Korea Selatan esok.

Apa sahaja keputusan yang bakal diraih menentang Korea, tidak memberi sebarang makna buat Speedy Tigers berikutan peluang ke final dan mempertahankan kejuaraan sudah tertutup rapat.

Mata maksimum yang mampu diraih Malaysia adalah sembilan mata jika menang ke atas Korea, ketika Pakistan dan Jepun sudah mengumpul 10 mata selepas berakhir perlawanan keempat semalam.

Justeru, Malaysia hanya perlu fokus untuk beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, Sabtu ini.


Bagi ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh skuad berwajah baharu di bawah bimbingannya itu masih dapat mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Jepun, namun nasib nyata tidak menyebelahi pasukan negara.

"Kita perlu terus mengekalkan semangat yang bagus dan kekal bermain seperti biasa. Perlawanan (menentang Jepun) semua pemain bermain baik dan anda dapat lihat minit terakhir perlawanan mereka inginkan gol.

"Tetapi apabila anda tidak dapat menjaringkan gol selepas semua usaha keras dilakukan, bermakna ia bukanlah hari anda dan ini adalah lumrah dalam sukan hoki.

"Kemenangan menentang Korea Selatan akan memberi kita sembilan mata dan bakal beraksi di penentuan ketiga dan keempat.

"Selepas beberapa tahun saya kembali semula sebagai jurulatih kebangsaan, ini adalah proses pembelajaran dan kita akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa," katanya.

Pada aksi semalam, Jepun memperoleh gol pertama selepas Kazumasa Matsumoto melakukan pukulan kilas yang menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman pada minit kedua sebelum penyerang sensasi negara, Faizal Saari menyamakan kedudukan, juga menerusi pukulan kilas pada minit ke-31.

Bagaimanapun, Jepun kembali di depan selepas Taiki Takade menjaringkan gol padang 10 minit sebelum tamat yanghttps://www.bharian.com.my/sukan ... -lawan-jepun-sarjit juga gol kemenangan untuk skuad Samurai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:53 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia and Chonng/Haikai won today's match and play quarter final on tmr. proud of malaysia. these are the videos. have fun and enjoy

https://youtu.be/7UZ_bHhhwZo
https://youtu.be/SIhlO5X5VbE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.235189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list