View: 4116|Reply: 0
|
Villa belum sah ke Liga Juara-Juara Eropah
[Copy link]
|
|
AKSI antara Villa dan Liverpool awal pagi tadi. FOTO Reuters
Birmingham: Jhon Duran menjaringkan dua gol pada lima minit terakhir untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 buat Aston Villa ketika menentang Liverpool tetapi mereka gagal menjaminkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.
Villa kelihatan hampir mencatatkan kekalahan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan selepas ketinggalan melalui gol sendiri Emiliano Martinez dan jaringan Cody Gakpo serta Jarrell Quansah, sekali gus meletakkan pelawat di landasan kemenangan pada perlawanan terakhir Jurgen Klopp di tempat lawan.
Bagaimanapun, pemain gantian, Duran meletakkan anak buah Unai Emery semakin hampir dengan slot tertinggi saingan Eropah buat kali pertama sejak 1983.
Jika Manchester City mencatat kemenangan ke atas Tottenham Hotspur awal pagi esok Villa sudah mengesahkan tempat kelompok empat teratas.
Bagaimanapun, mereka bergelut di hujung musim untuk membahagikan antara perebutan ke saingan Liga Juara-Juara dan juga aksi separuh akhir Liga Konferansi Eropah.
"Satu usaha cemerlang menjelang penghujung saingan," kata kapten Villa John McGinn.
"Sudah beberapa minggu kami lalui detik yang sukar. Pengurus tidak akan mengakuinya tetapi rakan sepasukan cuba bangkit, memberikan segala-galanya.
"Kami akan berasa lega jika Man City mencatat kemenangan pada malam esok (awal pagi esok)."
Satu mata untuk Liverpool mungkin tidak bermakna dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran kerana kemenangan Manchester City dan Arsenal pada hujung minggu ini secara matematik menamatkan peluang Klopp meninggalkan pasukan dengan kejuaraan liga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -juara-juara-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|