CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8955|Reply: 0

Pemain Slavia Prague kuasai skuad Republik Czech

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:57 AM | Show all posts |Read mode

Republik Czech akan menjadikan Hamburg, bandar pelabuhan utama di utara Jerman, sebagai pangkalan latihan mereka menjelang Euro 2024. – Foto AGENSI

PRAGUE: Jurulatih baharu Republik Czech, Ivan Hasek menamakan skuad 26 pemainnya awal pagi tadi bagi Kejohanan Eropah bermula bulan depan, diketuai lapan pemain Slavia Prague di samping bintang West Ham, Tomas Soucek dan Patrick Schick yang mungkin menjadi kunci serangan pasukan itu.

Hasek turut memanggil pertahanan West Ham, Vladimir Coufal serta penyerang Sparta Prague, Jan Kuchta yang digugurkan daripada skuad pertama kendaliannya selepas dua pemain itu dilihat berada di luar kelab malam dua malam sebelum perlawanan terakhir kelayakan.

Tidak banyak kejutan besar dalam skuad Czech yang mara ke suku akhir Kejohanan Eropah terdahulu, sekalipun Hasek menyelitkan nama pendatang baharu berusia 23 tahun, Lukas Cerv, yang memperagakan aksinya di Viktoria Plzen.

Pemain Slavia, Jindrich Stanek dijangka menjaga gawang gol daripada dibolosi manakala rakan sepasukan Schick di Bayer Leverkusen, Adam Hlozek mungkin turut tampil di bahagian serangan di samping Kuchta dan pemain Slavia, Mojmir Chytil.

Czech bertemu Portugal, Turkiye dan Georgia dalam Kumpulan F pada Euro 2024 dan perlu mengatasi kemerosotan prestasi menjelang hujung kempen kelayakan, apabila mereka tumpas 3-0 di tangan Albania dan hanya menang 1-0 ke atas Kepulauan Faroe di laman sendiri. – REUTERS

SKUAD REPUBLIK CZECH

Penjaga gol: Vitezslav Jaros (Graz/AUT), Matej Kovar (Leverkusen/GER), Jindrich Stanek (Slavia Prague).

Pertahanan: Vladimir Coufal (West Ham/ENG), David Doudera (Slavia Prague), Tomas Holes (Slavia Prague), Robin Hranac (Viktoria Plzen), David Jurasek (Hoffenheim/GER), Ladislav Krejci (Sparta Prague), Martin Vitik (Sparta Prague), Tomas Vlcek (Slavia Prague), David Zima (Slavia Prague).

Tengah: Antonin Barak (Fiorentina/ITA), Vaclav Cerny (Wolfsburg/GER), Lukas Cerv (Viktoria Plzen), Matej Jurasek (Slavia Prague), Ondrej Lingr (Feyenoord/NED), Lukas Provod (Slavia Prague), Michal Sadilek (Twente/NED), Tomas Soucek (West Ham/ENG), Pavel Sulc (Viktoria Plzen).

Penyerang: Tomas Chory (Viktoria Plzen), Mojmir Chytil (Slavia Prague), Adam Hlozek (Leverkusen/GER), Jan Kuchta (Sparta Prague), Patrik Schick (Leverkusen/GER).
https://www.bharian.com.my/sukan ... kuad-republik-czech
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list