CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6576|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kon Yeow mahu jentera PH kerja lebih keras

[Copy link]
Post time 2-7-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Kon Yeow mahu jentera PH kerja lebih keras

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

02 Julai 2024 03:27pm








Kon Yeow (tengah) semasa turun pada Program Ziarah Madani di Kampung Padang Lalang, Sungai Bakap. Foto Facebook Chow Kon Yeow





SUNGAI BAKAP – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mahu jentera parti yang berada di dalam gabungan pakatan tersebut melipatgandakan usaha pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang kini berbaki empat hari lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, peluang bagi PH dan Perikatan Nasional (PN) masih lagi seimbang setakat ini hasil pemerhatian selepas lebih 10 hari berkempen.



Menurutnya, kerjasama di kalangan parti Kerajaan Perpaduan perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan pengundi di kawasan tersebut.
“Pandangan saya masih berpegang kepada peluang 50-50. Tetapi, perjuangan perlu diteruskan sehingga kita membuktikan kolaborasi Perpaduan ini mendapat sokongan daripada rakyat jelata, iaitu melihat Perpaduan sebagai satu jalan yang terus membawa kepada masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.
“Kepada barisan pimpinan membabitkan kawasan-kawasan mengundi di Sungai Bakap, mereka perlu memastikan penyokong-penyokong serta keahlian kita supaya semua keluar mengundi,” katanya pada Program Ziarah Madani di Kampung Padang Lalang, dekat sini pada Isnin.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata, beliau berjanji akan membantu calon PH, Dr Joohari Ariffin untuk menyelesaikan masalah berbangkit di Sungai Bakap sekiranya dipilih oleh pengundi di kawasan tersebut.

Jelasnya, Joohari dilihat diterima oleh semua kaum kerana mudah didekati, seorang peramah selain mempunyai latar belakang serta pendidikan yang baik.

“Kita memerlukan semua undi, untuk capai kemenangan, semua undi adalah penting, jadi kita sasarkan mesej untuk keluar mengundi yang mana memperlihatkan peluang untuk menang.


“Mengenai penerimaan masyarakat Cina, saya rasa calon kita diterima rakyat, beliau mudah didekati, selalu senyum, pandai membawa diri, seorang yang peramah, latar belakang pendidikan yang baik dan lain-lain berkaitan,” ujarnya lagi.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff dari Pas yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.038984 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list