CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13513|Reply: 0

[Kedah] 'Saya doakan jodoh Lim kekal ke jannah'

[Copy link]
Post time 5-7-2024 08:46 AM | Show all posts |Read mode
'Saya doakan jodoh Lim kekal ke jannah'


Redzuan Muharam[email protected]




TEE (belakang, empat dari kanan) dan ahli keluarga bergambar kenangan bersama Lim Cheng Wei pada hari persandingan anak sulungnya itu. FOTO Ihsan Tee Ah Jen





Jitra: "Apa pun terjadi, dia tetap anak saya, jadi jika tak restu dan sokong, siapa lagi kerana saya ibunya," kata Tee Ah Jen.

Tee, 43, membuktikan perbezaan agama bukan pemisah hubungan dengan anak sulungnya, Lim Cheng Wei, 23.

Buktinya, Tee bukan hanya merestui keputusan Lim untuk memeluk Islam, malah membantu anaknya membuat persediaan perkahwinan hingga selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nurdiana A Rahman, 22, di Sungai Buloh, Selangor, 22 Jun lalu.

Bagi Tee yang berdarah kacukan Cina-India, tiada sebab untuk dia menghalang keputusan Lim sama ada untuk memeluk Islam mahupun berkahwin dengan pasangan pilihan kerana anaknya itu sudah dewasa dan berhak memilih jalan hidupnya.

Dia yang mempunyai lima anak menyokong dan merestui keputusan Lim jika itu yang membahagiakan anaknya.

"Anak saya memeluk Islam pada 27 Oktober 2020 dan dia ada beritahu saya mengenainya tahun berikutnya iaitu pada Tahun Baru Cina 2021.

"Saya tak marah kerana adik pun ada yang mualaf, cuma ada keluarga tak dapat terima keputusan itu pada awalnya.

"Anak pun ada minta maaf dengan saya waktu berterus terang hal sebenar cuma ambil masa nak terima, tapi tak rasa perlu marah kerana itu jalan yang dia pilih.

"Lagipun itu kehidupan dia bukan kita, jadi sebagai ibu, saya sokong dan hormat keputusannya kerana sebelum dapat tahu anak peluk Islam pun sudah nampak anak berpuasa," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.



TEE merestui keputusan anaknya, Lim Cheng Wei untuk memeluk Islam dan berkahwin. FOTO Ihsan Tee Ah Jen

Berhubung perkongsian di TikTok, Tee berkata, niatnya bertujuan berkongsi kenangan hari bahagia Lim, sekali gus mendedahkan status anaknya itu yang sudah memeluk Islam.

"Saya jarang kongsi video di TikTok, cuma muat naik untuk tontonan umum tempoh hari supaya mereka yang kenal tahu anak sudah memeluk Islam dan berkahwin.

"Rata-rata komen positif dan mendoakan kami namun ada juga negatif tapi saya tak layan.

"Sebagai ibu, saya akui sebak waktu hari pernikahan Lim kerana mengenangkan dia berkahwin tanpa bapanya yang sudah lama meninggal dunia.

"Tapi gembira kerana dia sudah bertemu jodoh walaupun kami tak lagi tinggal bersama sejak dia pindah ke Kuantan, Pahang kerana bekerja di sana.

"Lega pun ada kerana anak sudah ada isteri untuk menjaganya dan saya doakan jodohnya kekal ke jannah, diberi kesihatan baik, dimurahkan rezeki, sentiasa jaga solat serta tak lupakan tanggungjawab terhadap saya dan juga adiknya," katanya.



Disiarkan pada: Julai 5, 2024 @ 7:01am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.221573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list