CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22472|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Kak, mau kuda pusing-pusing?'

[Copy link]
Post time 22-7-2024 08:52 AM | Show all posts |Read mode
'Kak, mau kuda pusing-pusing?'


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Georgetown: Biarpun kerap diserbu namun sekumpulan warga asing seolah-olah tidak serik dan terus menawarkan perkhidmatan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai sekitar Batu Feringghi di sini.

Difahamkan, mereka mengambil upah menawarkan perkhidmatan itu menggunakan kuda milik majikan warga tempatan.

Tinjauan Harian Metro mendapati perkhidmatan itu bermula sekitar jam 4 petang setiap hari di kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung.

Bagi menikmati pemandangan indah pantai sambil menaiki kuda, pengunjung dikenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 untuk setiap satu kilometer perjalanan.

Menurut pengendali kuda terbabit, harga yang ditawarkan itu adalah 'istimewa' dan lebih rendah berbanding pada hari cuti atau hujung minggu.

Sebanyak empat kuda dikendali warga asing dan difahamkan, aktiviti itu turut ditawarkan di tiga lagi kawasan pantai berhampiran.

Sekumpulan warga asing pengendali aktiviti berkuda berkenaan kemudian beredar daripada kawasan pantai kira-kira jam 7.30 malam.



ANTARA warga asing yang menawarkan khidmat aktiviti berkuda di pantai sekitar Batu Feringghi, Georgetown. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Pengunjung dari Selama, Perak, Norafina Zamani, 45, berkata, dia berkunjung ke Pulau Pinang hampir sebulan sekali bagi melawat anaknya yang belajar di kolej swasta berhampiran dan kebanyakannya menghabiskan masa bersama di situ.

Katanya, berikutan itu, dia sudah maklum mengenai aktiviti berkuda berkenaan, namun meragui keselamatan pengunjung yang menunggangnya.

"Mereka tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris dan hanya tegur 'Kak (kakak) mau kuda pusing-pusing?' dan menunjukkan lima jari bererti caj RM50 yang ditawarkan.

"Saya meragui keselamatan pengunjung yang menaiki kuda itu dan adakah mereka akan bertanggung jawab jika 'kuda naik minyak' atau individu terjatuh ketika lakukan aktiviti berkenaan?" katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Isa, 56, berkata, mereka seolah-olah 'tidak makan saman' apabila operasi yang dilakukan pihak berkuasa ibarat tidak memberi kesan.

"Kawasan ini dikunjungi ramai pelancong dalam dan luar negara, sudah tentu menimbulkan pelbagai persoalan terutama mengenai kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap aktiviti dikendali warga asing.

"Saya sendiri menjadi saksi beberapa kali melihat operasi oleh PBT menahan warga asing itu namun tidak lama kemudian mereka muncul semula seolah-olah tidak serik," katanya.
Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.


Disiarkan pada: Julai 22, 2024 @ 7:01am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2024 08:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list